Alhamdulillah... Semakin ramai wanita diluar sana kini memakai tudung. Tapi sekarang sudah menjadi TREND kepada wanita-wanita diluar sana apabila mengenakan tudung perlu ada bonggol dibelakangnya. Perlukah? Okay find accept it as a TREND. Tapi adakah berbonggol itu dibolehkan dalam ISLAM???
Kemusykilan yang sentiasa bermain difikiran Princess hari demi hari, kerana apabila Princess keluar bershopping di MALL atau bersiar-siar, ternyata ramai para wanita yang memakai tudung berbonggol dibelakangnya. Princess tidak pernah mengenakan bonggol di kepala Princess sebab nampak tidak sesuai dengan Princess. Lagipun ia nampak tidak cantik pada mata Princess apabila mengenakan bonggol dikepala. Maaflah kepada wanita-wanita diluar sana yang terasa dengan apa yang Princess katakan. Itu hak masing-masing untuk bergaya cara apa. Tapi dalam bergaya itu kita harus tahu hukum yang dibolehkan atau tidak dibolehkan dalam ISLAM. Baiklah, Princess ingin berkongsi disebalik kemusykilan ini...
SUMBER DARI MR. GOOGLE
Dari mafhum hadith :-
"Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum aku pernah lihat. 1. Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia, dan 2. Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. wanita seperti itu tidak akam masuk syurga dan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian " (hadith riwayat muslim)
Sanggul wanita : Tegahan daripada hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi pada fikiran anda... Boleh atau tidak kita berbonggol dalam mengenakan tudung???
Jawapannya adalah tidak boleh malah ia diHARAMkan...
Apa-apa pun jika ingin tahu lebih lanjut sila kemukakan soalan atau kemusykilan ini pada mereka yang lebih tahu seperti ustaz atau ustazah. Princess hanya berkongsi serba sedikit apa yang Princess tahu selebihnya silalah bertanya kepada yang lebih arif tentangnya...
Insyallah ilmu yang dikongsikan ini akan sampai kepada anda semua...
Renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment