Tuesday, 28 February 2012

NAK BELAJAR MENJAHIT???

Tiba-tiba terasa nak belajar menjahit pula. Kenapa? Entah... Mungkin terasa nak jadi fashion designer terkenal kot. Boleh? Hehehe... Semalam terasa nak mula berjinak-jinak dalam dunia menjahit ini. Menjahit manik sudah pandai sekarang ini nak cuba manjahit baju pula.

Tanya pada Princess's Beloved Husband untuk beli mesin jahit. Wah... Belum apa-apa dah minta belikan mesin jahit. Hahaha... InsyaAllah Princess akan cuba belajar menjahit baju kurung. Jika diberi peluang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 27 February 2012

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (5)

Menu hari ini nasi minyak dan gulai ayam versi Princess. Request from Princess's Beloved Husband. Pagi tadi sebelum pergi kerja Princess's Beloved Husband minta masakkan nasi minyak dan gulai ayam. Wahaha... Mula-mula lupa macam mana nak masak nasi minyak yang pernah mak mertua Princess ajarkan dulu. Tapi lepas muhasabah diri baru ingat macam mana nak masak.

Bila Princess's Beloved Husband balik dia terus ajak makan. Tak tahan katanya dengan bau nasi minyak dan gulai ayam kesukaannya itu.

Alhamdulillah sampai 3 kali Princess's Beloved Husband tambah. Sedap katanya. Suka tengok Princess's Beloved Husband makan apa yang Princess masak.

Betul kata-kata orang, cara untuk menambat hati suami adalah dengan masakan yang kita masak.

Published with Blogger-droid v2.0.4

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (4)

Bila tiba hujung minggu mesti Princess akan masak masakan yang istimewa untuk Princess's Beloved Husband. Hari minggu lepas Princess masak pizza. Buat sendiri, biasanya ada yang tolong tapi disebabkan Princess's Beloved Husband kerja dan adik Princess ada hal dengan kawannya jadi Princess perlu buat dengan sendirinya. Dari menguli doh hinggalah penyediaan topping. Penat sedikitlah. Tapi berbaloi. Buat 2 set. Sekejap saja habis.

Pada Princess bila tiba hujung minggu ianya adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana hujung minggulah hari untuk bersama keluarga. Biar ianya tidak semewah mana tapi penuh dengan kegembiraan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 22 February 2012

CERITA KUIH KERIA DAN NENEK

Kelmarin petang (Isnin lah) balik rumah nenek Princess kat Batu Pahat, Johor. Wah seronok. Kebetulan Princess's Beloved Husband dapat kelepasan mingguan. Jadi Princess's Beloved Husband ajak Princess dan adik Princess tidur rumah nenek. Nama pun rumah nenek jadi mestilah rumah nenek itu rumah kampung kan. Kami sampai dah malam dan kebetulan hujan. Pergh... Sejuk. Sukalah tidur dalam kesejukan. Jakun sikit disitu...

Keesokannya nenek buat sarapan. Okay nenek ye bukan Princess. Princess tolong saja. Sedang asyik kacau air nenek keluarkan kuih keria yang belum di goreng dari dalam peti sejuk. Okay rasa nak nangis disitu. Kenapa? Sebab dah lama sangat Princess tak rasa kuih keria nenek. Waaaah... Rasa nak peluk nenek ketat-ketat. Sayang nenek lebihlah. Hehehe... Syukur ada nenek yang memahami rasa hati cucunya.

Kuih keria ini Princess suka sangat-sangat. Rasa nak makan semua, tak nak bagi orang lain makan. Huh... Boleh?

Bila tiba nak balik nenek bekalkan kuih keria yang belum masak. Waaaah... Suka lagi, lagi dan lagi.

:::> Banyak entri Princess pasal makanan kan. Hmm... Peduli apa lah kan. Princess memang suka makan kenyataannya... Hehehe.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 18 February 2012

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (3)

Cream puff... First time buat dan terus jadi. Alhamdulillah... Mula-mula, sebelum nak buat baca resepi dan cara-cara, rasa macam susah. Tapi bila rasa yakin itu datang, terus nak buat. Oh... Tak susah rupanya. Hehehe... Siap buat filling untuk inti dia lagi. Inti dia Princess buat cream kastard saja. Ada juga kadang-kadang Princess buat Princess salut dengan coklat. Itu lagi sedap. Nantilah ya. Ada masa Princess letak entri cream puff bersalut coklat ya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 16 February 2012

BFF EVER - BERKAWAN, BERGEMBIRA DAN BERBAHAGIA BERSAMA...

Semalam buat perjumpaan secara mengejut dan tidak dirancang bersama BFF Princess. Happening sangat-sangat. Pertemuan yang singkat tapi penuh dengan kegembiraan. Walaupun kami berjauhan we cannot forget each other. Kenangan yang terindah dalam hidup Princess adalah berkenalan dan berkawan dengan mereka. 

Asalnya kami adalah rakan sekolej dan sekelas. Kami berkenalan sewaktu sesi pendaftaran untuk kemasukkan pelajar semester pertama. Berada di kelas yang baru, dengan rakan yang baru daripada pelbagai negeri membuatkan kami terasa asing buat seketika. Seperti pelajar tadika, untuk minit yang pertama mereka semua terlalu asing untuk diri ini. Minit kedua mula berkenalan dan bertanyakan nama. Minit yang ketiga senyuman mula terukir dan minit-minit yang seterusnya kemesraan mula terasa. Bila sudah timbul bibit kemesraan dan mula nampak talian persahabatan disitu. Tiada lagi gusar untuk berkongsi kesusahan dan kesedihan kerana mereka amat memahami. 

Sehingga sekarang, setelah lebih 3 tahun kami tidak lagi belajar didalam kelas yang sama dan tidak lagi menggilakan diri didalam kelas pensyarah-pensyarah kami, kami tetap mesra dan memahami antara satu. Kenangan itu masih segar diingatan hingga sekarang. Tiada yang tertinggal walaupun satu. Ianya akan tetap menjadi kenangan.

Princess dan Iffa.

Zahidah, Princess, Iffa dan Syu'ai.

Zahidah, Iffa, Almirah, Rafieda, Princess dan Syu'ai.

Princess, Iffa, Almirah dan Syu'ai.

Almirah, Zahidah, Iffa, Rafieda dan Syu'ai.

Almirah, Zahidah, Iffa, Rafieda dan Syu'ai.

Rafieda, Almirah dan Syu'ai.

BFF ever...


Almirah dan Auntie Syu'ai.

Almirah with aunties.


Rafieda dan Princess.

Zahidah, Iffa, Syu'ai dan Princess.

We are...

Princess dan Iffa.

Syu'ai dan Iffa.



Published with Blogger-droid v2.0.4

CERITA TETANG HIDUP

Bila rembulan menunjukkan diri, cahayanya menerangi seluruh alam. Walaupun suasana malam yang kelam dan gelap ianya akan terus memberi cahaya. Walaupun terlihat sedikit tetapi ianya memberi seribu makna.

Begitu juga dalam hidup, biarpun ianya gelap disisi lain tetapi sisi yang lain ia terang menyuluh hidup. Tidak pernah pudar walau sesaat. Itulah kebahagiaan.

Sang mentari muncul disebalik awan, menyinari permukaan bumi yang dilitupi rumput-rumput dan pohon-pohon menghijau. Walaupun terbatas oleh awan yang menghalang tetapi bahang kepanasan dapat dirasai.

Hidup tdak selalunya merasai kesusahan dan juga tidak ada kesenangan. Tetapi usaha dalam diri sentiasa ada untuk mencapai kebahagiaan. Tiada yang mustahil walaupun terbatas oleh halangan yang menduga. Kerana usaha yang ikhlas akan dibayar dengan kejayaan yang setimpal.

Saat bumi ditimpa hujan ianya menyegarkan bumi yang panas. Bahang yang terasa tadi amat pedih menjadi sejuk, sesejuk pandangan mata. Walaupun langitberubah menjadi gelap ianya tiada masalah kerana hujan membawa rahmat kepada semua makhluk dibumi. Walaupun kadang kala hujan renyai diharapkan tetapi ribut yang melanda. Walaupun begitu alam masih mendapat kebaikan dari apa yang berlaku.

Kehidupan yang dirancang selama ini bukan ketentuan kita, tetapi ketentuan Allah yang Maha Esa. Kerana hanya Allah sahaja tahu yang mana baik untuk umatnya. Pengharapan sahaja tidak cukup jika tiada usaha. Rahmat yang sentiasa diturunkan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. Mungkin itu dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana hambaNya itu ikhlas kepadaNya.

Hidup ini tidak selalu cerah, adakalanya gelap, adakalanya suram. Tetapi walaupun begitu kehidupan harus diteruskan. Seperti alam, ketika gelap malam Allah membeti kita bulan untuk menerangi alam. Ketika kita sejuk Allah memberikan matahari untuk kita merasai kepanasan dan pohon-pohon merasai nikmatnya. Ketika kita terlalu panas Allah menurunkan hujan supaya kita dapat merasai nikmatnya sejuk. Kerana srmua nikmat itulah kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi walaupun nikmat yang diberi itu hanya sekejap...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 15 February 2012

PRINCESS DAN RABU TANPA KATA

Mari mentelaah... Membaca sambil berhibur... Yo lah tu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (2)

Masakan yang berjaya menambat hati Princess's Beloved Husband akhir-akhir ini. Ayam goreng ala-ala KFC. Princess's Beloved Husband dan adik Princess tersangat sukakannya. Mereka kata rasa macam ayam KFC. Okay, thank you for that statement. Hmm... Tak sia-sia eksperimen Princess. Walaupun 'THE DIVA HOUSEWIFE' tapi sumbangan pada perut mereka tetap ada. Hehehe... Melalut pula. Resepi ini adalah eksperimen Princess bila mana kepala ini buntu untuk cari idea untuk memasak. Ianya adalah 100% idea Princess. Bukan ambil dari majalah, buku masakan ataupun televisyen. Princess's secret resepi okay. Hehehe... Tapi kalau nak resepi Princess boleh beri. Kalau ada request untuk resepi ini lah. Resepinya mudah, senang dan sedap.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 14 February 2012

PEREMPUAN OH PEREMPUAN

Princes nak tanya pendapat kamu semua. Korang suka tak perempuan yang malas jaga penampilan diri? Kalau soalan itu ditanya pada Princess semestinya jawapannya adalah tak suka dan terlalu tidak menyukainya. Kenapa? Semua orang sedia maklum kaum hawa adalah kaum yang cukup-cukup menjaga penampilannya. Jadi, tolonglah jangan merosakkan tagline tu. Princess bukan apa, bukan nak tunjuk baik disini dan juga bukan nak tunjuk rajin disini tapi sememangnya Princess tak suka lihat ada perempuan yang pakaiannya selekeh. Ingat awak tu jantan ke nak selekeh-selekeh ini. Tolong lah...

Lagi satu, jangan harapkan muka cantik tapi pakaian selekeh macam orang lelaki. Kalau lelaki ini kita fahamlah, mereka ini pakai mana sempat je. Kalau kita sebagai isteri atau mak tak tegur sampai kesudah pakaian mereka macam itu. Itu lelakilah kan. Tapi kalau perempuan janganlah pakai macam tu merosakkan nama baik kaum wanita saja.

Jenis orang macam Princess ini lain. Dari Princess kecil lagi ibu dan ayah Princess ajar untuk berpakaian kemas walau kemana sahaja kita pergi. Almaklumlah ayah Princess adalah seorang polis, sebab itulah hidup Princess dan adik-adik adalah teratur. Alhamdulillah.

Selepas berkahwin nilai-nilai kekemasan dan penampilan diri ini Princess terapkan dan semai dalam diri Princess's Beloved Husband. Lelaki kan, pakai mana sempat saja. Tapi Princess akan pastikan yang baju dia pakai adalah baju yang telah berseterika sahaja. Jangan tak tahu kalau baju tak berseterika Princess sanggup suruh Princess's Beloved Husband buka balik baju tu dan guna baju yang lain yang telah berseterika. Biarlah dia nak marah atau apa janji tak sakit mata memandang.

Jadi, kepada kaum hawa diluar sana tolonglah jaga penampilan. Tak pandai berfashion pun tak apa janji baju yang dipakai nampak kemas dan teratur. Jangan sampai orang tegur "Hai kak, baju ambil dari bakul ke?" Haa... Pada Princess itulah saat paling malu sekali. Jadi ingat-ingatlah kaum hawa. Jangan sampai orang cop anda sebagai PEMALAS...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 11 February 2012

PRINCESS DAN MAKANAN

Tadi Princess's Beloved Husband dan adik ajak pergi pasar malam. Hari ini Princess memang tak ada mood nak berbelanja jadi niat tak nak beli apa-apa, cuma teman diorang jalan sahaja. Niat orang macam Princess ini apalah sangatkan. Sedang jalan-jalan cuci mata ternampaklah pula makanan yang dah lama Princess tak jumpa. Putu mayam... Wah boleh. Tergugat niat tu... Jadi, terembatlah pulakkan. Pada asalnya tak nak beli apa-apa tapi bila dah nampak makanan kegemaran boleh terpesong niat jadinya... Huhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

ANTARA NOVEL DAN MOVIE

Sekarang ini banyak produksi filem buat cerita berdasarkan novel. Princess ini bukanlah seorang kaki novel tapi bila ada yang suggest novel yang boleh masuk kepala untuk baca okaylah kan. Ada satu novel yang pada Princess, seronok untuk dibaca kadang kala boleh mengalir air mata bila feeling lebih-lebih. Huhuhu... Boleh? Okay, novel ini Princess's Beloved Husband yang beri pada Princess. Jangan tak tahu, suatu ketika dulu Princess's Beloved Husband ini adalah pembaca novel. Sekarang ini dah kurang minat dia pada novel. Novel BICARA HATI ini dihadiahkan oleh Princess's Beloved Husband pada Princess pada awal perkenalan kami. Antara novel kesukaan kami berdua. Sekarang telah lebih 6 tahun kami bersama dan buku ini juga telah berada bersama Princess selama lebih 6 tahun juga.

Princess ini jenis cepat jemu. Sebabnya... Princess sendiri tak tahu. Bila Princess puas dengan sesuatu Princess tak akan mengulanginya semula. Contoh, Princess dah penah menonton sesuatu filem ini dipanggung wayang dan berasa puas menontonnya. Jadi bila orang lain ajak Princess untuk tonton filem itu sekali lagi, mungkin maaf sahaja Princess dapat katakan kerana Princess tak suka buat sesuatu benda sehingga 2 kali. Sekali sudah memadai jika ia memuaskan hati Princess. Tetapi jika sesuatu perkara itu perlu diperbetulkan mungkin Princess akan melakukan ia hingga puas hati. Begitu juga dengan mononton dan membaca. Seperti sekarang cerita BICARA HATI ini ada ditayangkan di stesen televisyen tapi Princess tidak pula menontonnya. Mungkin membacanya lebih memberi feel dari menontonnya. Itu pendapat Princess. Bagi yang lain mungkin berbeza pendapat, ye tak. Lain orang lain pendapat jadi buatlah keputusan sendiri dalam hidup okay.

Novel ini pula. Walaupun ia hanya sebuah novel tetapi ada cerita disebalik novel ini antara Princess dan Princess's Beloved Husband.

Biar novel ini menyimpan seribu satu kenangan sepanjang kami bersama. Ada sentimentalvalue disitu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 10 February 2012

PRINCESS AND BEAUTY

Kebanyakkan wanita masa kini sangat-sangat mementingkan kecantikan. Itu adalah betul. Sama seperti wanita lain, Princess juga tidak ketinggalan untuk menjaga kecantikan. Kenapa? Almaklumlah, sudah bersuami. Apa yang pasti Princess menjaga kecantikan bukan untuk dipertontonkan pada orang lain tetapi pada Princess's Beloved Husband sendiri.

Hari ini Princess nak kongsi tentang masker. Biasanya dalam pemakaian masker Princess mengamalkan seminggu sekali. Dilakukan secara rutin. Biasanya Princess akan lakukannya pada setiap hari RABU. Alhamdulillah kulit Princess bukan tergolong dalam kulit yang berjerawat. Sebenarnya kulit muka Princess susah untuk didatangi jerawat. Alhamdullilah juga kulit muka Princess adalah normal dan bukannya sensitif. Walaupun bukan jenis sensitif Princess tetap menjaga kulit dengan sebaiknya.

Ini adalah masker yang selalu Princess gunakan:


Jenama SAVEE - 3D PAPER MASK SERIES
SOY - Spot Elimination
Kebaikannya dapat mencerahkan kulit, antipenuaan, meremajakan kulit, menyamarkan noda dan melembutkan kulit.

Jenama SAVEE - 3D PAPER MASK SERIES
BLACKBERRY - Super whitening
Kebaikannya adalah mengandungi antioksida yang dapat melawan penuaan, mengekalkan keremajaan kulit dan anti kedutan pada kulit.
Jenama ini Princess beli semasa Princess ke Dataran Pahlawan hari itu. Harga Princess tak berapa nak ingat. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Branch SAVEE terdapat juga di Kajang, Ipoh, Penang, Kuantan dan juga Singapore. (Princess rujuk di bungkusan)

Selain jenama di atas Princess selalunya menggunakan :

Jenama ELIANTO - VEGE MASK SHEET
Brightening and nourishing
Ini jenama kegemaran Princess. Ia dapat melembapkan kulit dan sungguh lembut dikulit muka. Selepas menggunakannya akan terasa segar dan lembap pada kulit.
Princess juga menggunakan jenama Elianto ini untuk bawah mata yang gelap.

 Jenama ELIANTO - BRIGHTENING
Eye zone treatment patch
Princess guna ini saja untuk bawah mata Princess yang macam mata panda. Didalamnya ada 12 pasang yang digunakan sebanyak 6 kali. Juga digunakan oleh Princess seminggu sekali secara rutin.

Dan last sekali jenama yang Princess gunakan sejak 5 tahun lalu dan juga favourite Princess adalah: 

Jenama GARNIER LIGHT - LIGHTENING PEEL-OFF MASK
Ia mencerahkan kulit dan menghaluskan kulit.
Ada dua dos. Ia seperti gam dan mudah ditanggalkan apabila kering.

Mungkin masker yang Princess gunakan adalah bercampur-campur tapi ia adalah baik untuk kulit Princess. Bagi mereka-mereka yang tidak mengetahui lagi jenis kulit anda jangan amalkan cara seperti Princess. Cukuplah menggunakan satu saja jenama.

Published with Blogger-droid v2.0.4

PINK DAN PRINCESS


Apa kena mengena Princess dan PINK? Nak tahu sebabnya? Sebab warna PINK warna yang lembut, comel, romantik dan menarik sama macam Princess. Okay perasan disitu. Bagi Princess, warna PINK adalah warna yang kebanyakan perempuan suka. Setiap perempuan sekurang-kurangnya akan mempunyai satu barang, pakaian atau apa saja barang peribadi uang berwarna PINK. Tak percaya? Sila rujuk pada emak, kakak, adik perempuan, sepupu perempuan atau mak cik-mak cik anda. Tanya mereka, adakah mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu barang berwarna PINK? Jawapannya adalah ya...
Princess pula... Tak payah tanyalah kan. Nama pun Princess yang sungguh PINK, jadi apa saja berkenaan warna PINK adalah kesukaan Princess. Kebanyakkan barang kepunyaan Princess yang berwarna PINK adalah pakaian. Termasuklah dress, t-shirt dan juga blouse. Dari segi makeup pula tidak banyak berwarna PINK sebab kalau kita gunakan pakaian yang berwarna PINK jangan over sangat pergi touch up muka dengan banyak warna PINK. Princess suka menggunakan nude colour untuk lipstick dan juga blusher. Tak perlu menggunakan terlalu banyak warna PINK. Sebab nanti akan nampak macam badut. Hehehe...

Mengenai PINK ini, kebanyakkan rakan-rakan Princess sudah mengetahui bahawa Princess adalah penggemar PINK. Jadi tak mustahillah setiap kali birthday Princess mereka akan menghadiahkan barang yang berwarna PINK. Ada juga rakan-rakan Princess yang berjumpa dengan Princess kata "Aku dari jauh dah nampak kau. Nampak PINK je, kau lah tu." Wah... Boleh. Bangga juga disitu. Hihihi...
Bagi Princess apa jenis warna sekalipun, jadikanlah ianya sesuatu yang indah. Sebenarnya warna-warni kehidupanlah yang selalu mewarnai hidup kita. Warna juga dapat menggambarkan emosi seseorang. Dengan warna juga hidup menjadi lebih bermakna... Jadi, jadikanlah warna kegemaran anda sebagai warna kehidupan yang bakal menceriakan anda.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 8 February 2012

NAK PERGI KE TAK?

Hmm... Dah dekat 2 minggu Princess dok fikir perkara ni. Ceritanya macam ni. Hujung minggu ini cousin Princess di JB buat kenduri aqiqah sekali dengan resepsi untuk diri sendiri. Boleh? Buat aqiqah untuk anak dan mak ayah dia sibuk sekali nak bersanding bagai. Maklumlah cousin Princess dan wife dia hanya nikah je resepsi diorang tak buat lagi. Maybe modal tak berapa nak cukup kot. Tak apa lah itu life mereka.

Persoalan yang bermain difikiran... Nak suruh ke tak Princess's Beloved Husband tu cuti? Sekarang ini katanya dia payah sangat nak cuti. Dan kalau Princess's Beloved Husband dapat cuti nak ke Princess pergi? Huh... Banyaklah sangat konon masalah tu Princess.

Okay... Kenapa hati ini berbelah bagi tak atau nak pergi ke majlis itu? Sebabnya Princess malas dan penat nak dengar SOALAN yang sama. Diulangi tak mahu dengar SOALAN YANG SAMA. Princess takut mata Princess bocor masa majlis berlansung. Sebab yang pasti sedara mara Princess pasti akan bertanyakan soalan menguris hati itu. "Tak pregnant lagi ke?" Okay boleh? Nangis sekarang...

Princess tak pernah putus asa. Diorang ingat pregnant ini senang ke? Nak pregnant ini boleh minta ke? Boleh dapat bila-bila masa ke? Mungkin mereka tak pernah merasa, sudah berkahwin tetapi lambat ada anak. Mereka tak ada ditempat Princess jadi mereka boleh nak kata apa saja. Mereka tak rasa ke orang yang mereka tanya ini merasa apa? Mereka tak pernah fikir ke? Bila soalan itu ditanya berkali-kali dan berulang-ulang Princess rasa macam nak buat-buat pengsan. Boleh? Sakit... Sakit hati, sakit otak dan sakit segalanya... Kalau boleh Princess tak nak bertembung atau bertemu dengan sedara mara. Maaf lah wahai pak cik dan mak cik sekalian bukan Princess tak mahu berjumpa dengan semua tapi bagi Princess masa okay. Biar hati ini tenang dalam situasi sekarang...

Published with Blogger-droid v2.0.4

PRINCESS & RABU TANPA KATA

Perlu ada didalam bag, ketika stress, ketika demam, ketika sedih dan ketika gembira. Kedua-duanya wajib ada...


Published with Blogger-droid v2.0.4

PRINCESS AND FAMILY

Cerita mengenai aktiviti hari itu. Hari ini baru nak buat entry. Kami keluar lepas Zuhur. Tempat yang dituju mestilah Mahkota Parade. Pusing sekejap dalam Mahkota Parade sebab Princess's Beloved Husband nak cari kasut untuk main badminton. Tapi sampai kesudah tak jumpa-jumpa juga yang berkenan dihati. Princess juga yang menghabiskan duit dengan membeli makeup stuff. Ingat tak nak shopping apa-apa, tapi bila dah ada yang berkenan dihati perlu beli juga sebab takut kempunan sendiri. Hehehe... Bila dah penat berjalan cari kasut pun tak dapat adik Princess ajak main bowling. Adik Princess kata dia nak belanja jadi kami on sajalah. Princess's Beloved Husband tak main bowling sekali, penat katanya. Jadi cuma Princess dan adik Princess saja yang main bowling.


Ini adik Princess. Menunjukkan kehebatannya konon.


Gambar Princess tak berapa nak terang. Blurrr...


Muka lapar...
Waktu ini kami pergi makan seafood. Okay Princess nak suggest satu kedai seafood dekat Melaka yang sedap selain dari Umbai. Princess dan keluarga suka makan di Kedai Ikan Bakar Serkam. Tempatnya biasa-biasa saja. Tetapi meriah dengan kedatangan manusia. Lokasi tidak terlalu susah untuk dicari. Lagipun ada papan tanda yang menunjukkan lokasinya. Disini ada dua kedai seafood. Kedai pula bersebelahan. Jadi perlu buat pemilihan yang tepat lah sebab rasa seafood kedua-dua kedai adalah berbeza. Harga memang murah. Murah sangat, jauh berbeza dengan kedai ikan bakar di Umbai. Kebanyakan penduduk dikawasan Merlimau akan suggest untuk makan di Serkam dari makan di Umbai. Princess juga akan suggest kawan-kawan yang datang dari Kuala Lumpur dan Johor Baharu untuk pergi ke Kedai Ikan Bakar Serkam.


Princess


Princess's Beloved Husband


Kami order tak banyak pun sebab kami bertiga. Bab pemilihan ikan Princess serahkan pada Princess's Beloved Husband. Dia pakar bab itu kerana dia PEMANCING TEGAR... Dah nama pemancing tegarkan jadi kalau tak kenal ikan bukanlah pemancing namanya.


Haa... Inilah nama kenyang menyandau. Dah habis makan menyandau kekenyangan. Huhuhu...

Jadi itu sajalah aktiviti Princess dan keluarga. Kepada sesiapa yang ingin bertanyakan mengenai Kedai Ikan Bakar Serkam ini boleh comment Princess. Jangan segan-segan ye...

Monday, 6 February 2012

AKTIVITI HARI INI

Hari ini Princess's Beloved Husband ajak Princess pergi shopping lagi. Semalam Princess's Beloved Husband kerja 24hours, so hari ini dia off. Princess suka dengar perkataan off. Hahaha... Maybe hari ini Princess tak shopping untuk barang Princess. Mungkin sajalah, kemungkinan ada banyak jeniskan. Jadi mungkin beli atau mungkin tak beli. Hari ini juga adik Princess ajak pergi main bowling. Wah seronok dengar perkataan bowling. Lagi pun dah lama Princess tak main bowling. Jadi bolehlah asah bakat yang tak berapa nak ada ini. Hmm... Malam pula Princess's Beloved Husband nak belanja kami makan seafood pula. Wah... Kenyang menyandau karang, bak kata orang Melaka. That's all untuk aktiviti hari ini yang tak berapa nak menarik ini ye...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 5 February 2012

HUH... HILANG DAH...

Apa yang hilang? Haa... Hilang sudah stress di kepala. Bagaimana? SHOPPING lah... Hahaha... Rasa seronok bila dapat shopping dan keluar dating bersama Princess's Beloved Husband. Lepas Princess's Beloved Husband habis kerja semalam dia ajak Princess pergi shopping. Oh... Oh... Ini yang buat Princess bertambah sayang pada Princess's Beloved Husband. Tempat yang dituju... Jusco Aeon Bandaraya Melaka. Nama pun tinggal di Melaka kan. So tak adalah Pavilion, Sogo, Suria KLCC bagai kan. Mall yang ada dan popular dekat Melaka ni seperti Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Mydin Mall (nak beli barang dapur boleh lah kan) dan Jusco Aeon Bandaraya Melaka. Itu saja tempat yang popular dan selalu dikunjungi oleh Princess sendiri.

Bila dah shopping mestilah ada barangnya kan? Princess shopping tak banyak. Kali ini shopping tak beli baju, beg dan dress. Just beli Sandal Camel Active dan barang makeup. Wah... Makeup wajib. Mestilah wajibkan kalau tak bukan DIVA namanya. Sandal Camel Active yang Princess beli ni design macam mak cik-mak cik sikit. Wahaha... Boleh... Okaylah... Malas sudah untuk cerita panjang-panjang jadi layan gambar yang tak berapa nak banyak ini sajalah ye...





Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 1 February 2012

HARAPAN KE?

Seronok bila tengok mereka-mereka semua yang sudah berkahwin mempunyai anak. Bila jalan di blog kawan-kawan ada yang dah nak bersalin lah ada yang sedang buat persiapan untuk baby lah danmacam-macam lagi ragam. Penuh entry mengenai persiapan menyambut orang baru. Alhamdulillah dan tahniah Princess ucapkan pada blogger yang akan melahirkan anak. Princess? Bila? Entah lah, Allah masih belum memberi rezeki zuriat kepada Princess. Tapi Princess berharap sangat yang Princess akan serupa seperti blogger yang lain - pregnant. Tapi itu semua rezeki masing-masing. Mungkin mengandung cepat ada hikmahnya dan mengndung lambat pun ada hikmahnya. Allah telah tentukan. Mungkin Allah tidak beri pada Princess lagi sebab Allah mahu Princess dan Princess's Beloved Husband betul-betul bersedia untuk menerima orang baru. Insyaallah jika itu hendakNya. Princess juga tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Princess juga sama seperti wanita-wanita lain, merasai alam manjadi seorang ibu. Insyaallah.

Sebenarnya Princess teringin sangat nak shopping baby stuff. Mesti seronokkan. Kalau time shopping dengan Princess's Beloved Husband tidak lupa untuk singgah ke tempat menjual barangan baby. Semua nampak cantik. Baju, dress, gaun, seluar, kasut, botol susu dan pelbagai lagi. Semuanya nampak comel, cantik dan menarik. Tapi buat masa sekarang ia hanya harapan buat Princess. Semuanya telah Princess serahkan pada Allah. Kerana Allah lebih mengetahui yang mana baik dan yang mana buruk. Insyaallah suatu hari nanti Princess juga seperti blogger lain - buat entry mengenai pengalaman mengandung. Insyaallah...

Published with Blogger-droid v2.0.4