Begitu juga dalam hidup, biarpun ianya gelap disisi lain tetapi sisi yang lain ia terang menyuluh hidup. Tidak pernah pudar walau sesaat. Itulah kebahagiaan.
Sang mentari muncul disebalik awan, menyinari permukaan bumi yang dilitupi rumput-rumput dan pohon-pohon menghijau. Walaupun terbatas oleh awan yang menghalang tetapi bahang kepanasan dapat dirasai.
Hidup tdak selalunya merasai kesusahan dan juga tidak ada kesenangan. Tetapi usaha dalam diri sentiasa ada untuk mencapai kebahagiaan. Tiada yang mustahil walaupun terbatas oleh halangan yang menduga. Kerana usaha yang ikhlas akan dibayar dengan kejayaan yang setimpal.
Saat bumi ditimpa hujan ianya menyegarkan bumi yang panas. Bahang yang terasa tadi amat pedih menjadi sejuk, sesejuk pandangan mata. Walaupun langitberubah menjadi gelap ianya tiada masalah kerana hujan membawa rahmat kepada semua makhluk dibumi. Walaupun kadang kala hujan renyai diharapkan tetapi ribut yang melanda. Walaupun begitu alam masih mendapat kebaikan dari apa yang berlaku.
Kehidupan yang dirancang selama ini bukan ketentuan kita, tetapi ketentuan Allah yang Maha Esa. Kerana hanya Allah sahaja tahu yang mana baik untuk umatnya. Pengharapan sahaja tidak cukup jika tiada usaha. Rahmat yang sentiasa diturunkan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. Mungkin itu dugaan yang diturunkan kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana hambaNya itu ikhlas kepadaNya.
Hidup ini tidak selalu cerah, adakalanya gelap, adakalanya suram. Tetapi walaupun begitu kehidupan harus diteruskan. Seperti alam, ketika gelap malam Allah membeti kita bulan untuk menerangi alam. Ketika kita sejuk Allah memberikan matahari untuk kita merasai kepanasan dan pohon-pohon merasai nikmatnya. Ketika kita terlalu panas Allah menurunkan hujan supaya kita dapat merasai nikmatnya sejuk. Kerana srmua nikmat itulah kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi walaupun nikmat yang diberi itu hanya sekejap...
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment