Durian Crepe...
Apa menatang tu? Ahaha...
Princess yang tak makan durian pun sibuk nak tau benda tu apa.
(Okay fine Princess memang tak makan durian. Ikut suka korang lah nak cakap I ni minah salleh celop.)
Durian tu musuh ketat Princess okay. Ahaha..
Okay terjebak dengan durian crepe ni pasal Princess's Beloved Husband lah.
Hari tu masa gi shopping barang dapur kat Mydin, MITC ada nampak orang jual durian crepe ni. Masa tu tak silap macam ada pameran craft dari negeri-negeri gitulah sebab banyak booth kat situ. Maklumlah lama tak shopping kat Mydin apa yang terjadi kat Mydin pun tak tau.
Masa nampak durian crepe tu dengan lantangnya Princess bersuara.
"Yang nilah durian crepe yang orang duk canang kat facebook tu ea?"
Princess's Beloved Husband cakap.
"Nak ke? Kalau nak abang belikan."
"Apa pulak kita. Awak yang nak makan sebenarnya tapi kita pulak jadi alasan dia nak beli. Durian kot."
Okay Princess's Beloved Husband nak sangat tengok wife dia ni makan durian. Dia kata rugilah kalau orang melayu tak makan durian. Ahah... Tak rasa rugi pun...
Okay berbalik pada durian crepe tu. Princess ingatkan benda alah tu macam rangup-rangup gitulah. Tapi tak pun. Pastu akak tu kata rasa filling dia macam ice cream. Ye ker. Princess tak rasa pun okay. Sebab ianya durian dan satu lagi akak tu kata cream dia dikacau sekali dengan durian tapi tak, durian hidup-hidup kat bawah lapisan cream tu. Oh cannot gi lah...
Princess's Beloved Husband belilah satu. Satu bungkus ya. Ada 4 durian crepe kat dalamnya. Harga... Tak berapa nak ingat pula.
Princess's Beloved Husband kata sedap. Hmm... Orang kalau dah minat durian memang semua tentang durian sedap. Ye dak...
Nota gila si Princess : Musim durian ni mahu pening Princess. Rumah penuh dengan bau durian... Uhuk... Uhuk... Help me!!!
No comments:
Post a Comment