Tuesday, 31 December 2013

Hari ke 365 tahun 2013

Assalamualaikum all...
Lama tak cerita-cerita kat sini ya. Huhuhuhu... Ter'sibuk' pulak Princess dalam 2 bulan terakhir ni. Biasa lah. Bisnes baru nak merangkak, tu yang kena buat slow-slow dan berhati-hati tu. Buat masa ni Princess tak nak la war-war kan benda yang belum pasti lagi. InsyAllah nanti bisnes ni mendapat sambutan Princess akan bagi tau korang pula ya.
Huh, sekejap je dah nak masuk tahun 2014. Alhamdulillah banyak antara azam Princess untuk tahun 2013 terlaksana. Ada juga yang belum terlaksana, insyaAllah akan membawa azam tahun 2013 ke tahun 2014. Orang 'kecil' seperti kami mampu memasang azam yang 'kecil' saja. Tapi walaupun kecil insyAllah tetap berbangga jika dapat dilaksanakan.
Okaylah korang. InsyAllah ada masa Princess cerita-cerita lagi kat korang ya.
Tata korang...

Nota gila si Princess : Apa aktiviti korang malam ni? Esokkan cuti. Melaka ada buat majlis sambutan tahun baru tapi Princess tak pergi sebab malas. Ngahahaha... Malas pon boleh!!!

Friday, 22 November 2013

SABAR ITU INDAH

Ya, sabar itu indah bagi mereka yang tahu menilainya. Tak semua mampu untuk bersabar dalam banyak hal.
Seperti apa yang pernah dialami sendiri oleh Princess. 3 tahun kami menunggu hadirnya zuriat dalam hidup kami. Walau usaha cara mana sekali pun tapi jika Allah tetap tidak mahu memberi zuriat maka tiadalah. Bukan bermaksud putus asa. Tapi kita hanya percaya pada qada' dan qadar Allah.
InsyaAllah mungkin suatu hari nanti pasti ada rezeki zuriat yang Allah ingin beri. Cuma mungkin belum tiba waktunya Allah ingin memberi.
Rezeki masing-masing adalah berbeza. Jadi, kita jangan kuatir jika ada yang melaga-lagakan kita dengan orang lain. Hanya senyum dan sabar.
Dalam masa 3 tahun ini juga Princess belajar apa itu erti sabar. Erti tawakal. Dan erti redha. Tiga perkara yang Princess pegang untuk dijadikan benteng dari kutukan orang.
Mulut orang bukan boleh kita tutup. Selagi mereka tidak penat selagi itu meraka mahu melaga-lagakan kita. Jadi hanya bersabarlah yang mampu kita lakukan dalam situasi begini.
Ya. Mungkin tidak mudah untuk bersabar tambahan lagi soal mengenai zuriat. Semua yang berkahwin memang mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih antara dua insan. Tapi rezeki itu berbeza bagi setiap individu. Ada yang Allah turunkan rezeki itu cepat. Alhamdulillah. Ada pula yang lambat. Pun Alhamdulillah. Cepat atau lambat bukan pengukurnya. Tapi yang mengukur segalanya adalah kesabaran. Belum tentu orang yang dikurniakan zuriat awal dapat bersabar dengan perangai anak mereka. Dan kita bernasib baik kerana masih boleh belajar dari pengalaman-pengalaman mereka.
Salah satu yang paling menguji kesabaran adalah pregnant test. Ya, pregnant test itu sendiri kadang-kadang menguji kesabaran kita. Cuba bayangkan 1-2 bulan tak datang haid. Lepastu try buat UPT. Kalau double line mungkin hati berbunga-bunga. Tapi kalau satu line je bukan ke boleh jadi tekanan jiwa. Dan lagi sekali sabar adalah cara melepaskan tekanan.
Selama 3 tahun ini Princess tahu, Princess tak keseorangan. Masih ada yang mampu memberi sokongan dan dorongan kepada diri ini. Tak semua faham apa yang kita alami. Mereka tiada dalam situasi kita jadi dengan senang hatinya mereka boleh bercakap. Cuba mereka duduk dalam situasi kita. Princess rasa sampai kering air mata pun mereka tetap tak dapat terima hal ini.
Dalam hal ini, Princess tak anggap pun ianya suatu kekurangan. Tapi Princess anggap ia suatu kelebihan. Ya, kelebihan. Dalam pada kita memikirkan cara memiliki zuriat kita juga banyak belajar dari orang di sekeliling kita. Kita lihat pengalaman mereka. Kita belajar dari kesilapan mereka. Mana tahu Allah beri kita peluang itu untuk menjadikan kita ibu dan bapa yang baik suatu hari nanti. InsyaAllah.
Pernah terfikir. Kenapa Allah belum lagi mengurniakan aku zuriat? Tapi bila mana soalan itu muncul, tak payah cari jauh-jauh jawapannya. Jawapannya sentiasa ada. Kena sentiasa ingat. Dalam dunia ni bukan aku sorang yang Allah tak kurniakan zuriat lagi. Tapi ramai. Mungkin ada yang lagi lama dari aku yang menunggu hadirnya zuriat dalam hidup mereka. Dan mereka ok je. Tahap kesabaran mereka lagi tinggi dari aku. 3 tahun tu apa lah sangat nak dibandingkan mereka yang dah 5 tahun atau mungkin ada yang sampai berbelas tahun. Mana tahu kan.
Mungkin kita patut bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah telah jadikan untuk kita. Lambat atau cepat itu urusan Allah. Kita sebagai hambanya harus terus bertawakal, berusaha dan redha. Dan yang paling penting yang perlu diletakkan nombor 1 dalam hati kita ialah SABAR... InsyaAllah akan ada bahagian untuk kita. InsyaAllah...

Thursday, 17 October 2013

KEDAI UPIN DAN IPIN

Assalamualaikum all...

Nak share dengan korang tentang Kedai Makan Upin dan Ipin...
Upin dan Ipin dah ada kedai makan yo...

Kat Melaka ni tak silap Princess ada dua Kedai Makan Upin dan Ipin ni. Satu kat Mydin, MITC dan lagi satu di bazaar bersebelahan Mahkota Parade depan Dataran Pahlawan. 
Masa ni Princess pergi kedai kat sebelah Mahkota Parade.

Pada mulanya just nak minum-minum, lepak-lepak sambil sembang-sembang dengan Princess's Beloved Husband. 
Princess tak bergambar dan snap banyak photo sebab tak de mood nak bergambar bagai.
Hanya dapat snap satu photo je. Tu pun Princess's Beloved Husband yang tolong snap kan. Hah...



Gambar buku menu je yang mampu. Ngeee....


Konsep kedai makan ni adalah relax dan simple. Dekat wall kedai penuh dangan gambar watak-watak animasi Upin dan Ipin serta watak animasi Pada Zaman Dahulu...
Pada pengamatan Princess (Eceeehh...), kedai makan ni sesuai kalau korang nak bawa anak-anak korang gi makan sambil duk diam-diam sebab sepanjang korang kat dalam kedai tengah makan tu diorang akan pasang siri animasi Upin dan Ipin tu.
Menu kat sini. Okaylah, secara jujurnya pada Princess adalah menu yang biasa-biasa saja. Tak de apa yang best sangat sebab semua menu korang boleh dapat kat kedai makan biasa. Cuma signature Upin dan Ipin yang membuatkannya nampak 'mahal'.
Menu terdiri dari makanan bergoreng seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Terdapat makanan kegemaran Upin dan Ipin juga iaitu ayam goreng!
Kalau korang mahukan makanan yang lebih advance korang boleh cuba nasi berlauk. Disediakan nasi serta satu atau dua jenis lauk dalam satu pinggan. Terdapat juga makanan berkuah seperti soto, mee kari, mee rebus dan seumpanya. Menu ala barat juga disediakan.
- Macam karangan lah pulak... Ngeee....

Haaaa... Tu je lah serba sedikit tentang Kedai Makan Upin dan Ipin yang Princess telah pergi.

Ikut selera masing-masing. Kalau anak korang suka Upin dan Ipin inilah tempatnya.... Korang boleh makan dengan aman sambil anak korang layan cerita Upin dan Ipin.
Hahaha...

Princess salah sorang pengemar siri animasi Upin dan Ipin...

Okay korang...
Tata....



Monday, 14 October 2013

HAH???!! MUKA ANAK CINA???

Assalamualaikum all...

Dari dulu asal pergi mana-mana je mesti orang tanya.
"You ni cina ke?"

Whatttt???? Cina? Korang biar betul.

Last weekend, Princess teman Princess's Beloved Husband pergi kedai baju untuk ambil baju uniform dia. Kebetulan kedai tu milik penjahit berbangsa cina. Pastu auntie cina tu boleh pulak tanya "You cina ke? Mak sama bapa you cina ke?"
Princess pun macam, - kriik kriik kriik kriik -
Tercegang je dengar apa yang diorang tanya.

Halllooooow...
Saya ni JAWA la auntie. Mak dangan ayah saya JAWA tau. Hahaha.
Tak memasal kena panggil anak cina. Nasib baik tanya dalam bahasa melayu. Kalau dibuatnya auntie tu tanya dalam bahasa cina. Haru nak menjawabnya....
Huh... Apa kah salah aku sampai semua orang cakap rupa ini macam anak cina?
Aaaaah...

Sebelum ni memang ramai yang dah tegur.
Terutamanya Princess's Beloved Husband. Hah, korang bayangkan laki sendiri cakap muka bini dia ni macam muka anak cina. Huh...
Dulu masa awal-awal berkawan selalu Princess's Beloved Husband cakap. "Muka awak ni macam muka anak cina tau. Muka anak cina lari rumah."
Huuuuuuu... Sampai hati kekanda.... Hahaha....



Ha... Sudah terang lagi bersuluh. Muka memang muka JAWA. Hahahah....


Meh kita tengok jarak dekat pulak.



Mana datang muka anak cina pun tak tau la. Huuuh....
Muka JAWA tanpa kacukan tau.

Konpius I dengan korang ni lah...
Ha... Korang tilik lah muka Princess tu.
Kot-kot korang boleh bagi tau celah mana nya muka anak cina tu.
Kalau korang jumpa, korang bagi tau lah Princess ya...

Tata korang....

Nota Gila Si Princess : Muka cina pun muka cina lah. Janji cute. Hah!!! Perasan!!



SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum all...

Lama Princess tak post entry kan. Huh...

Maaf lah korang. Bukan tak nak menunjukkan diri tapi kesibukkan dan ketandusan idea tu lah penyebab utama kenapa Princess tak buat entry baru. Bukanlah sibuk mana pun. Tapi banyak tempahan nak dibuat sebelum cuti sekolah bermula.

Tempahan bunga tangan lah, bunga telur lah, keychain lah. Huih... Pening kepala nak buat. Tapi disebabkan rezeki sedang mencurah-curah masuk (Alhamdulillah) jadi kita terima dengan tangan yang terbuka dan ikhlas.

Sebenarnya banyak benda nak cerita dengan korang tapi insyaAllah kalau Princess ada kelapangan Princess cerita satu-satu ya. (itu pun kalau rajin)

Dikesempatan ini Princess nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca blog Princess ni.

Saja nak ucap awal-awal. Hah... Korang balik kampung ke raya ni? Princess balik pagi raya, itu pun balik hari sebab Princess's Beloved Husband tak cuti pun. Redha je lah...

Okay korang jumpa dilain entry ya.

Tata korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 2 September 2013

HUIH!!! BIAR BETUL?

Lately ni Princess ada terima satu e-mail dari sorang minah saleh ni. Dia kata nak berkawan dengan Princess dan katanya lagi nak datang Malaysia ni untuk bercuti. Katanya...

Pastu si minah saleh ni pulak merayu lah kat Princess untuk jadi tour guide dia masa dia kat Malaysia nanti. Hui, choi aku nak jadi tour guide. Sejarah pun fail kau nak suruh aku jadi tour guide kau untuk datang Malaysia. Hahahaha...

So, sekarang ni macam mana? Firstly, kalau boleh mesti lah nak tolong dia tapi. Hah, ada TAPI nya... Tak kan lah Princess nak percaya dia bulat-bulat. Kotnya dia nak tipu Princess ke apa, katanya datang nak bercuti tapi dalam masa yang sama buat benda lain. Huih, tak boleh tak boleh.

Kalau boleh memang lah nak sangat tunjuk kat orang asing tentang negara kita yang aman damai ni. Tunjukkan pada dia keaslian budaya dan warisan kita. Tunjukkan segala keistimewaan negara Malaysia ni.

Tapi tu lah, tetap MUSYKIL!!!


Apa pendapat korang eh? Patut ke terima tawaran untuk jadi tour guide dia?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 15 August 2013

PRINCESS AND BEAUTY (8)


Assalamualaikum all gorgeous ladies sekalian...

Ada beberapa kawan Princess yang tanya pasal satu product ni lepas Princess post gambar product ni kat instagram. So untuk korang, ini review dari Princess ya.

Sekali lagi nak perkenalkan kepada korang yang suka akan kecantikan tu dengan satu product ni yang Princess rasa sungguh berbaloi-baloi kalau korang guna.




Bio-essence Miracle Bio Water
Ideal for sensitive skin
20 Excellent efficacies for face, hair & body
The degree of coolness of the spring water determines the soothing, anti-irritating and calming effects.

Bio-Essence Miracle Bio Water contains Bio-Energy which is well known for its benefits in dermatology. The Miracle Bio Water is uniquely low in mineral and super low salt content yet rich in trace minerals, ensuring 2x cooling, soothing, softening, moisturizing, whitening and anti-irritating effect. It is a miracle bio water with 20 excellent efficacies.

Ideal for :

Face
· Controls oil effectively
· Refines pores
· Whitens & brightens skin
· Firms skin with better elasticity
· Lifts skin
· Reduces dark circles
· Reduces eye bags
· Relieves sensitive skin
· Relieves pimples & reduces redness
· Use after make-up fir longer lasting & natural look
· Moisturizes and nourishes skin
· Relieves tiredness, energizing
· Soothes skin after treatment

Hair
· Moisturizes for lustrous hair
· Relieves dryness & split ends

Body
· Refreshes and soothes skin after exercise
· Soothes and calms damage skin
· Under hot sun to moisturize and refresh skin

For babies
· Ideal skincare for babies
· Soothes diaper rashes

Waaaaaaa... Boleh guna untuk satu badan okay. Satu badan!!!

Bukan hanya pada muka saja tapi boleh spray kat rambut, dan juga badan. Dan baby pun boleh guna.

Sebenarnya Princess guna dah lama, nak dekat 4 bulan kot. Lama dah guna baru nak buat review kan. Bukan apa, sebelum buat review kena lah guna kat diri sendiri dulu baru boleh bagi tau kat orang kan. Kalau buat review sebelum guna nanti kalau orang beli pastu tak puas hati dah dituduhnya Princess review product yang tak bagus.

Setakat ni Princess guna okay je. Tak ada masalah. Okay salah satu contoh, Princess selalu ada ruam kalau berpeluh atau panas. So, bila Princess spray je kat bahagian yang ada ruam tu dalam.beberapa minit ruam tu dah hilang. Pastu Princess ada masalah liang roma besar kat bahagian muka. Eeeuw... Dah banyak produk guna tapi tak hilang juga. Dan, bila guna Bio-essence Miracle Bio Water ni liang roma dah mengecil. Lagi satu, sekarang ni muka Princess dah tak sunburn dah. Sebab sebelum keluar rumah atau kena matahari Princess spray. Nyaman je kat muka. Banyak faedahnya. Sekarang ni pun Princess's Beloved Husband dah pandai nak guna Bio-essence Miracle Bio Water ni. Lepas shaving dia spray kat tempat yang di shaving tu. Terasa perbezaan katanya.

Okay korang. Ini pengalaman Princess sendiri, kalau korang rasa kurang yakin korang boleh mintak penerangan dengan promoter yang jual product ni. Diorang akan bagi korang test kat situ. Diorang akan bagi penerangan lebih lagi la kan dari apa yang Princess kongsi. Sebab sebelum beli pun Princess minta penerangan dan information dari promoter yang jaga product ni. Serius dia bagi penerangan yang berguna kat Princess dan terus grab je menatang ni. Tapi sebelum tu Princess terima pelbagai soalan dari Princess's Beloved Husband. Kenapa nak beli lah, apa yang elok lah, berguna ke. Pergh... Sampai boleh hafal satu persatu soalan yang akan diaju. Huh... Sekarang ni dia yang melebih pula. Pakai mengalahkan kita. Dah kata lelaki perempuan boleh guna kan...

Okaylah korang...

Sampai jumpa di lain entry...

Tata korang...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 6 August 2013

DAH RASA SITUASINYA...

Bila nak dekat raya ni mula lah hati rasa sayu. Mula lah diri ni tak bersemangat nak sambut raya. Dah memang macam tu pun setiap kali raya dan setiap kali balik kampung sepanjang berkahwin ni. Siapa nak tahu apa yang kau rasa. Kau simpanlah sorang-sorang.

Kadang-kadang, saja je riak wajah ni buat-buat gembira dengan soalan yang diaju. Tapi sebenarnya dalam hati nak je aku tenyeh mulut tu dengan serdak dalam balang kuih raya yang kau makan tadi. Tapi apa nak buat, dah lumrah manusia suka BERTANYA. Nak luaskan ilmu pengetahuan diorang katanya.

Buat-buat lah kental dengan soalan tu walapun mata ni dah bersinar-sinar nak menangis. Seperti yang diberitahu diorang bukannya rasa apa yang aku rasa.

Ada pulak tu bila tengah syok bersembang dengan kita boleh pulak dia berlalu pergi ke orang lain yang baru je dapat anak. Waah kau, sajak je perangai tu. Sentap hati mak nak...!!! Kau mampu...

Tak pe lah dah biasa dengan situasi tu. Bila kena macam tu buat-buat lah menyanyi lagu Anuar Zain ke, Najwa Latif ke. Apa ada kes. Agak-agak dah habis nyanyi tu gi lah duduk sebelah reban ayam pastu nangis lah sampai lebam. Agak mata dah sembap sebab nangis SENTAP tadi pakai cermin mata hitam besar macam mata belalang tu dalam rumah. Buat dek je duduk dalam rumah pakai cemin mata hitam. Senyum je bila orang tengok. Kata lah, KAU MAMPU!!!!

Hati ni mampu cakap "Hanya orang-orang terpilih je yang mampu bertahan dalam situasi kami ni. Bukan kami tak cuba dan bukan juga kami tak berusaha. Tapi rezeki itu hanya Allah saja yang tahu. Sebenarnya golongan seperti kami ni je lah yang tahu nikmat kasih sayang dari Allah dan nikmat sebenar sabar."


Nota gila si Princess : Kadang-kadang perbuatan dan percakapan seseorang secara sengaja atau pun tak sengaja boleh buat hati kami SENTAP secara terus menerus. Apa yang kami boleh buat - SENYUM, SENYUM, SENYUM, SENYUM...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 27 July 2013

PRINCESS AND BEAUTY (7)



Assalamualaikum all gorgeous ladies sekalian...

Okay, lama tak kongsi dengan korang tentang beauty yang telah sebati dalam diri ku ini. Uhuks... Berangan lagi.

Kali ni beauty product yang Princess nak kongsi dengan korang adalah....




Johnson's body care.
Naturally White Daily UV Lotion
Micro-pigment sunscreen + active vitamin C & natural milk extract help protect skin's natural-born fairness

Lotion harian SPF8 dengan perlindungan UVA dan UVB. Terdapat campuran extrak susu untuk memelihara kulit. Dirumus menggunakan teknologi mikro-pigmen, ia bertindak sebagai pelindung dari sinar matahari dan melindungi kulit dari menjadi gelap. Mengandungi vitamin C untuk mencerahkan kulit. Untuk memelihara kecerahan semulajadi dan kesihatan kulit.

Yeay!!! Princess suka sangat dengan lotion ni.

Pertama dah tentulah dia boleh mencerahkan kulit kita. Princess pakai tak sampai seminggu kulit yang bermasalah seperti kering menjadi lembut dan halus je. Lagi satu biasanya bila kita pakai lotion pastu terkena air mesti terasa lekit dan terasa seperti berminyak tapi lotion Johnson's body care ni tak macam tu. Lepas pakai dalam 5-10 minit kalau terkena air tak ada rasa melekit tu. Oh, Princess suka sangat dengan lotion ni. Princess baru je guna lotion ni dah nampak kesan. Tersangatlah puas hati. Lain sangat dari jenama lotion yang lain. Kalau lotion lain ambil masa yang lama untuk nampak kesan sebab setakat ni Princess dah guna 5 jenis jenama untuk lotion tapi tak satu pun yang berkenan semuanya try and errow je lebih.

So, dengan lotion Johnson's body care ni dah tak de istilah try and errow sebab ianya awesome!!!

Apa lotion kegemaran korang? Tak salah pelihara kulit sendiri bukan untuk siapa pun untuk diri sendiri dan suami je kan.

Okay lah korang, tata...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 26 July 2013

GELAP DAN CERAH

Apa yang ada dengan warna kulit? Warna kulit hanya luaran bentuk seseorang. Belum tentu yang hitam itu jahat dan yang putih itu baik.

Memang betul ada perbezaan antara warna kulit kami. Tapi kami tak pernah nampak perbezaan itu.

Allah dah jadikan semua insan berbeza. Jadi kita kena bersyukur dengan setiap yang Allah dah kurniakan.

Ramai orang tanya dengan Princess terutamanya mak cik sebelah Princess's Beloved Husband. Diorang ada tanya apa yang Princess berkenan sangat dengan Princess's Beloved Husband tu. Pastu Princess jawab lah yang Princess berkenan tang hensem dia tu. Pastu semua macam '??????' je. Tanda soal merata. Hah boleh. Ya sebenarnya Princess's Beloved Husband tu hensem orang nya walaupun kulit dia macam tu kan. Tapi kalau tenung lama sikit nampak lah ke'hensem'annya tu. Ahaha...

Sebab tu lah Allah jadikan warna kulit dia gelap sikit sebab kalau kulit dia cerah confirm ramai yang suka kat dia. Bukan nak puji suami sendiri ya, tapi itu kenyataan.

Allah tu kan maha mengetahui segalanya jadi Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Dulu masa zaman sekolah Princess ni tak lah cerah mana sebab selalu sunburn. Dah, bayangkanlah balik sekolah jalan kaki dengan panas membahangnya mana tak sunburn. Pastu bila dah habis sekolah tak pakai produk apa pun cuma jarang lakukan aktiviti kat tengah panas je. Haaaa, cerah lah balik kulit ni. Tapi cerah pun tak lah cerah mana sebab dulu-dulu masa kena sunburn tu dah makan dalam agaknya tu yang tak boleh cerah macam omputih tu. Hahaha... Haaa, mengarut dah.

Okaylah korang nanti ada masa kita buat entry lain pula ya.

Tata korang...

Assalamualaikum.


Nota gila si Princess : Walaupun kulit kami berbeza tapi sayang dan cinta kami tak pernah ada perbezaan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 16 July 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (19)

Assalamualaikum all...

Wah lama menyepi tetiba up entry makanan pulak di bulan puasa ni...

Tergugat x? Ahaha...

Nak kongsi yang Princess buat homemade puff sebagai makanan berbuka semalam. Senang sangat-sangat je nak buat. Princess buat puff sardin. Beli puff yang dah siap, sejuk beku tu. Pastu masak sardin. Hahahaha... Senang gila kau.

Nak kena tunjuk cara ke? Hahaha... Tak payah la. Senang je kan. Tapi nak juga bagi tau sikit lah caranya. Tak payah tulis pun, baca dan ingat ye. Puff tu Princess beli jenama Kawan. Beli kat Mydin je. Murah. Dalam satu peket ada 10 pcs.


Keluarkan puff tu dari peti sejuk beku pastu biar dia relax dalam suhu bilik untuk lembutkannya dalam 10 minit macam tu. Bila puff dah lembut panaskan oven dalam 210·c-230·c.

Masak sardin macam biasa. Letak bawang, cili bagai. Ikut suka korang lah. Nak hilangkan hanyir. Nak guna bahan lain macam kaya, coklat, segala jenis jem pun boleh.

Princess guna sardin je. Bila sardin dah masak biar sejuk kejap. Pastu hancurkan sardin tu.

Letak sardin dalam puff, lipat puff dan tekan tepi puff supaya inti dalam tak keluar. Princess tekan guna garpu. Princess kelar sikit atas puff tu, konon nak nampak cantik letteeew.

Pukul sebiji telur dan sapu atas puff tadi. (Princess tak buat pun. Boleh? Kalau nak bagi atas tu cantik berkilat letak ar.)

Masukkan dalam oven dan masak selama 20 minit lebih kurang.

Dah siap. Boleh la hidang.

Haaaa... Ya Allah senang gila resepi.

Selamat mencuba ya korang...


Okaylah korang lain kali share cerita lagi ya. Tata korang.


Nota gila si Princess : Menggigihkan diri masak untuk berbuka. Lauk bazar Ramadhan bukan best pun. Huuuuh...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 10 July 2013

RAMADHAN KALI INI...

Alhamdulillah ya Allah kerana diberikan kesempatan sekali lagi untuk menyambut Ramadhan kali ini. Penuh kesyukuran ku tunggu Ramadhan kali ini. Terdetik perasaan seronok dan berkobar-kobar untuk menunaikan amal ibadah di bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah...

Tiada perkataan seindah kalimah-kalimah Mu ya Allah.

Alhamdulillah Ramadhan kali ini akan ku guna sebaik-baiknya untuk merebut seberapa banyak pahala. Permudahkanlah segalanya ya Allah.

Kepada kawan-kawan blog semua.

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa. Dan selamat menjalankan amal ibadah yang lain. InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 30 June 2013

REZEKI YANG TAK TERDUGA...



Assalammualaikum all...

Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat rezeki yang sentiasa melimpah ke atas diri ku.

Rabu lepas, sesampainya Princess kat rumah dari Terengganu haruslah check mail box dulu. Kot-kot ada surat yang penting kan. Pastu ternampak surat pemberitahuan barang yang tak diserahkan. Maksudnya barang dari pos laju lah. Dan barang tu pula atas nama Princess. Pelik lah kan sebab tetiba je ada orang hantar barang kat Princess.

Esoknya suruh Princess's Beloved Husband pergi pejabat pos kat kawasan Princess ni. Balik je Princess's Beloved Husband dari pejabat pos dia bagi Princess bungkusan. Princess koyakkan bungkusan tu pastu ternampak produk penjagaan muka  dari Safi. Princess cam termenung kejap pastu cari kalau-kalau ada surat ke apa kat dalam bungkusan tu, tapi tak ada pun surat yang berkaitan. Fikir punya fikir baru ingat nak baca sampul bungkusan tu. Tau dari mana? Dari Karangkraf yaw...!!! Lepas tu baru Princess ingat yang Princess pernah hantar satu peraduan dari majalah Hijabista 2 bulan lepas. Ya Princess pelanggan tetap majalah Hijabista okay. Hijabista ni keluaran karangkraf.

Alhamdulillah rezeki dari Allah. Tak sangka pun akan dapat hadiah tu. Princess hantar peraduan tu pun suka-suka je. Tak de niat pun nak menang sangat sebab Princess rasa kalau ada rezeki Alhamdulillah, tapi kalau tak de bukan rezeki lah namanya.

Ini first time Princess hantar peraduan dan Princess dapat hadiah. Walaupun hadiah saguhati tapi Alhamdulillah.

Rezeki Allah itu luas...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 28 June 2013

ALASAN LAMA TAK UPDATE...

Assalamualaikum all...

Lamanya tak jumpa korang. Maaf lah kalau dah lama tak update blog. Bukannya sibuk pun tapi seminggu lebih Princess balik Terengganu. Tu pun sebab emergency mak mertua Princess sakit. Sekarang ni Alhamdulillah dah okay sikit. Bukan sakit berat sangat pun cuma pening-pening sikit. Darah tinggi kata doktor. Biasa lah orang tua kan. Sepanjang Princess kat sana Princess lah yang buat kerja rumah. Alhamdulillah boleh lah Princess tolong sikit-sikit apa yang patut.

Mula-mula Princess's Beloved Husband ambil cuti emergency, dapat 3 hari. Lepas tu sambung cuti 10 hari lagi. Huh, cuti sakan katanya.

Hari Rabu baru Princess balik semula ke Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ni pun penat tak habis lagi. Tak pe lah, demi mak mertua apa pun sanggup. Princess anggap mak dan ayah mertua Princess sama macam mak ayah Princess. Tak de lainnya.

Okaylah korang jumpa di lain entry ya.

Tata korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 7 June 2013

INTRO JE DULU...

Assalamualaikum all...


Rindu tak kat I? (Berangan kot-kot ada orang nak rindu kan.)

Okay tak nak ambil masa korang. Just nak tunjuk dengan korang hasil air tangan Princess buat pavlova.

Tak sangka Princess boleh buat pavlova you all! Haha..

Buat sempena anniversary kami berdua semalam.

Dah memang setiap kali hari istimewa kami tak kira lah sambut anniversary ke, birthday ke Princess tetap nak buat kek atau dessert sendiri. Jarang sekali beli sebab Princess tau yang Princess mampu buat. Ha... Riak di situ. Huh.


Okay lah korang. Nanti Princess kongsi dengan korang hari bahagia kami ya. Hu... Bahagia lah sangat kan.


Tata korang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 5 June 2013

5th JUNE 2013

Alhamdulillah Ya Allah...
Dah masuk 3 tahun kami bernikah...
Selama 3 tahun ni banyak perkara yang mengajar diri ini menjadi seorang isteri.
Walaupun tak sehebat dan sebaik wanita lain. Tapi telah dicuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik dalam hidupnya.

Terima kasih suami kerana menjadi suami yang baik.
Terima kasih suami kerasna menjadi imam kepada diri ini.
Terima kasih suami kerana menjadi pendengar setia.
Terima kasih suami kerana memberi bahu ketika diri ini dalam kesedihan.

Kau lah semangat dikala diri ini lemah.
Kau lah segalanya suami...

InsyaAllah akan ada rezeki kita untuk mendapatkan anak.
InsyaAllah semua yang kita doakan akan dimakbulkan.
InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Segala aturan Allah itu indah.
Setelah kita dipertemukan, kita ditunangkan dan setelah itu kita dinikahkan.
Semuanya indah di hati ini.
Walaupun kadang-kala ada angin nakal yang bertiup tapi diri ini bersyukur hubungan ini tidak pernah goyah.
Kerana kita selalu berpegang kepada PERCAYA, SABAR DAN IKHLAS.

Alhamdulillah 3 tahun yang sungguh indah. Biarlah keindahan itu berkekalan selamanya hingga ke syurga InsyaAllah.

I LOVE HONEY...

Saturday, 1 June 2013

1st June 2013

Assalamualaikum all...

Alhamdulillah blog kesayangan Princess ni dah genap 2 tahun hari ni. Yeay!!!

Walaupun kadang-kadang terasa seperti syok sendiri pula berblog ni kan. Tapi walaupun ada berasa begitu tapi diri ini tetap gigih berblog. Eceh...

Kalau korang suka blog ini, InsyaAllah Princess akan tetap mengigihkan diri untuk berblog walaupun tahu tak ramai orang nak baca.

Walaupun kadang kala ada entry yang best dan yang tak best tapi korang tetap nak baca. InsyaAllah jika diizinkan.

Ucapan kepada blog ni (siap nak berucapan bagai) - semoga ramai yang baca blog yang tak menarik ni dan semoga banyak idea yang menarik yang boleh diberikan kepada korang semua...

Tata korang...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 31 May 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU KAWAN...

Esok 1/6/2013 kawan baik Princess atau budak-budak sekarang cakap apa BFF. Hah...

BFF Princess kawin esok. Tahniah sayang. Welcome to the gorgeous life as a wife. Dan selamat menjadi orang Terengganu. Bertambahlah geng orang Terengganu lepas ni.

Tak pe nanti Princess up cerita kawin BFF Princess ya.

Tata korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 28 May 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (18)

Assalamualaikum all...


Hari Sabtu lepas Princess balik rumah nenek. Banyak sangat mangga baru berbuah kat depan rumah. Lepas tu masa makan malam nenek hidang kerabu mangga. Sedap sangat! Sampai tambah 2 kali tau. Tak pernah-pernah makan malam tambah nasi sampai 2 kali tau. Biasanya tak makan pun. Okay tak nak cerita pasal diet bila diri ini suka sangat makan sekarang ni.

Sebelum balik Melaka, Princss's Beloved Husband petik mangga untuk bawa balik. So Princess request petik banyak sikit sebab rasa cam nak buat KERABU MANGGA je. Ahahahah...

So... Tadi mulalah aktiviti menyagat mangga. Huh. Lenguh kau. Tak ingat berapa biji mangga Princess guna tapi yang pasti banyak. Nak menggaul semua bahan tu terpaksa guna bekas besar sikit supaya tak tertumpah keluar. Gila banyak. Buat stok untuk seminggu. Huh, pengsan laki I makan kerabu mangga je minggu ni.


Apa? Nak resepi? Ahahahah... Tak kan lah resepi kerabu mangga yang senang ni pun nak kena bagi resepi kot. Okay lah, okay lah. Princess bagi resepi ya. Nanti takut korang kecewa pulak kang. Huh...

Okay kakak-kakak, adik-adik sediakan pen dan kertas. Eh, tak payah, printscreen je sekarang ni. Haha.

Sukatan ikut korang lah. Princess tak pandai nak sukat sebab Princess main campak-campak je.


Resepi Kerabu Mangga Simple ala Princess :-

Bahan:

2 @ 3 biji mangga

1 batang bunga katan (dihiris halus)

2 batang cili merah (dihiris halus)

1 biji bawang besar (dihiris halus)

1 Tomato @ lobak merah

Segenggam udang geragau @ udang kering

Gula ikut suka

Garam sedikit


Cara penyediaan:

- Kupas kulit dan sagat mangga tadi hingga habis.

- Goreng tanpa minyak @ sangai udang kering tersebut sehingga kekuninggan. Tumbuk udang kering tersebut tapi jangan terlalu halus.

- Kalau guna tomato potong dadu atau kalau guna lobak merah sagat macam mangga tadi.

- Masukkan mangga, bunga kantan, cili merah, bawang besar, tomato @ lobak merah dan udang kering kedalam bekas.

- Letak sedikit garam (jangan banyak sangat sebab udang dah masin). Masukkan gula (kalau suka manis masuk banyak tapi kalau tak suka masuk 2 @ 3 sudu dah cukup).

- Gaul kesemua bahan dengan mesra. (pakai sarung tangan plastik kalau korang tak nak tangan korang bau macam belacan lepas tu).

- Kalau korang rasa tak manis tambah lagi gula tapi kalau korang suka masam okay lah.

- Simpan dalam bekas kedap udara dan sejukkan dalam peti sejuk supaya semua bahan bercampur dengan baiknya. Boleh tahan selama semingu atau lebih.


Haaa.. Simlple tak resepi ni. Yang banyak-banyak tu mukadimah dia jer. Hahahaha...

Okaylah korang. Lain kali Princess kongsi resepi dengan korang lagi ya.

Tata korang...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 23 May 2013

TENTANG BANYAK HAL

Assalamualaikum all...

Lama Princess tak jumpa korang kat sini ya.

Sebenarnya tak tahu nk tulis apa. Dan lagi, kepala tengah kusut.

Memikirkan banyak benda. Banyak juga perkara nak dilaksanakan.

Awal bulan depan insyaAllah mak dan ayah mertua Princess nak datang rumah. Hari tu Princess ada mengadu kat mak mertua Princess yang Princess sakit pinggang. So pasal tu agaknya dia nak datang sini. Nak tengok menantu kesayangan dia ni agaknya. Huhu...

Princess pun tak tahu kenapa mak mertua Princess tu suka sangat kat Princess. Asal Princess balik Terengganu je mesti nak ajak Princess jalan-jalan lah. Shopping lah. Macam-macam lagi kami buat bersama. Seronok rasa.

Tapi apa yang Princess perasan, Princess ni bukan jenis yang bermuka-muka. Kalau Princess tak puas hati Princess cakap je. Kalau agak Princess kurang suka pun Princess cakap juga. Macam Princess's Beloved Husband selalu cakap pada Princess "By ni terlalu jujur sebenarnya." Ha, tok laki kita kata gitu weyh...

Princess perasan juga sebab ramai orang cakap yang Princess ni terlalu jujur. For example la, time beli barang atau makan kat kedai ke kalau pekedai tu bagi duit lebih walaupun 10sen Princess akan pulangkan. Serius. Princess tahu tu bukan hak Princess so buat apa kita nak simpan yang bukan hak kita kan.

Lagi, kalau balik Terengganu harus lah pergi menjenguk mak-mak sedara Princess's Beloved Husband. Diorang, sangat tertunggu-tunggu kalau Princess balik. Rindu kata mereka. Kalau jumpa habis pipi Princess dicium-cium diorang. Lagi-lagi tok (nenek Princess's Beloved Husband) siap peluk cium bersungguh-sungguh macam Princess ni budak kecik. Tak de pulak Princess tengok tok cium cucu-cucu dia yang lain sebegitu rupa. Huh, malu I. Senang kata Princess ni favourite menantu untuk keluarga Princess's Beloved Husband lah. Terharu rasa hati. Diorang teramat ambil berat pasal Princess. Rindu pulak kat diorang.

Okay lah, sebelum Princess menangis merindui Terengganu baiklah Princess beransur dulu. Nanti banjir blog ni. Dah tak de sapa nak baca blog ni pulak. Ah canner... Hehehe.

Okay all. Tata.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 13 May 2013

SAKIT...

Assalamualaikum all...


Sorry korang sebab lama Princess tak jenguk korang. Ya... Semua blog Princess tak sempat nak jenguk. Tapi ada gak curi masa sikit kadang-kadang untuk jenguk blog sendiri. Huh...

Ha... Nampak tak title kat atas tu. Dah 2 hari Princess sakit pinggan. Sakit yang teramat sangat. Biasanya kalau sakit pinggang ni sekejap je. Tapi kali ni 2 hari dah tanggung rasa sakit ni. Nak duduk susah. Nak berdiri susah. Nak membongkok susah. Semuanya susah. Sakit...

Tadi pergi klinik kesihatan kat Merlimau ni. Doktor cakap kejang urat. Doktor bagi ubat makan dengan ubat sapu. Tapi... Tetap tak de kesan. Mungkin belum serap betul-betul kot. Doktor kata kalau 2 3 hari ni tak elok juga kena rujuk hospital. Oh, jangan lah sampai nak pergi rujuk hospital. Tak sanggup rasanya...

InsyaAllah baik lah nanti. Berserah pada Allah saja la.

Sakit ni penghapus dosa-dosa kecil kan... Redha itu lebih baik.

Princess bagi tahu Princess's Beloved Husband nak beli vitamin tambahan. Tapi sedang mencari vitamin yang betul-betul bagus.

Kalau korang ada info tentang vitamin yang bagus bagi tahu Princess ya.

Okay lah korang. Tata.

Love you all...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 8 May 2013

NAK KONGSI DENGAN KORANG

Sekarang ni tengah menggila buat tempahan bunga telur. Ya la. Tak lama lagikan nak cuti sekolah. So ramailah yang nak buat majlis perkahwinan.

Sekarang ni Princess rasa tak menang tangan nak buat. Sekali post kat facebookgambar bunga telur tu, bertalu-talu orang pm nak tahu harga dengan nak buat tempahan.

Sebab tu Princess jarang post entry kat blog.

Inilah rezeki Princess. Alhamdulillah. Jangan ingat suri rumah tak boleh buat duit. Cuma perlu kerajinan dan sikit kreativiti je. InsyaAllah ada jalannya.

Okaylah korang. InsyaAllah ada masa Princess kongsi cerita dengan korang lagi ya.

Tata...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 28 April 2013

PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN...

Semalam Princess window shopping kat uptown Melaka. Uptown tu tak lah besar mana pun. Dalam duk tengok-tengok barang tu terdengarlah sorang akak ni memanggil-manggil nama seseorang. Dengan muka yang agak cemas. Akak tu bersama 2 orang budak perempuan mungkin anak dia turut memanggil-manggil nama yang sama.

Lepas tu Princess juga terdengar akak tu cakap dengan anak dia. Dialog dia macam ni "Kan dia dengan kakak tadi." "Kakak ingat dia dengan mak."

Korang boleh tangkap tak apa sebenarnya yang terjadi kat diorang ni. Ya, Princess pun fikir benda yang sama. Anak akak tu hilang wei!!!

Dalam kesesakkan orang yang ramai tu macam manalah anak dia boleh hilang. Princess perasan juga. Dalam misi mencari anaknya tu, tangan akak tu ada shopping beg. Ha... So fahamlah kenapa anak dia hilang.

Lepas tu, beberapa ketika Princess nampak dia dah jumpa balik anak dia. Terkejut Princess tengok sebab anak dia yang hilang tu umur dalam lingkungan 3 ke 4 tahun... Ya Allah, apa lah yang budak besar tu tahu buat. Kot kena culik ke apa ke. Manalah tahu kan.

Dalam perkara macam ni, mak tu tak boleh lah nak harapkan si kakak untuk jaga adiknya. Sebagai mak, anak tu tanggungjawab dia. Bukannya kakak budak tu yang harus bertanggungjawab kepada adiknya dalam keadaan sesak macam tu. Kalau ya pun nak shopping sangat janganlah lalai sangat sampai anak pun dilupakan.

Dalam hal ni pun jangan menyalahkan satu sama lain. Biar berfikiran positif. Cari dengan sabar dan jangan kelam-kabut. Untuk akak tu, lepas ni ingat-ingat lah. Nak shopping boleh tapi kalau ada anak jagalah anak tu. Anak tu kan anugerah Allah. Bukan senang nak dapat anak kak oi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 24 April 2013

DINNER WITH ALUMNI KKJS

Assalamualaikum all...

20-4-2013 bersamaan hari Sabtu yang lepas Princess telah dijemput untuk menghadiri majlis Alumni bekas pelajar Kolej Komuniti Jasin (KKJS). Yeaaargh!!!

Majlis yang cukup happening tapi tak berapa nak teruja sebab tak ramai kawan-kawan dari batch Princess yang hadir.
Yang ada pun junior kami dan beberapa orang pelajar dari batch Princess.

Tema majlis 'RETRO 60-AN".
Tapi tengok ramai je yang tak ikut tema.

Termasuk Princess. Buat tema sendiri - DIVA IN RETRO.
Haaa... Boleh???

Majlis bermula dari pukul 7.30 hingga 11.00 malam...
Tapi Princess pergi lambat sikit dalam pukul 8.30 baru kami sampai.
Bukan apa, menghormati waktu maghrib je.
Tapi tak kisah lambat pergi majlis tu, asalkan yang wajib kita dah buat.



Sebelum pergi haruslah berposing dulu ye tak...



Majlis berlangsung di 99 Garden Cafe, Melaka.



Cameraman of the day...
Princess's Beloved Husband.



Meja kami.



Princess pergi dengan best friend Princess, Syu'ai. 
Memang kami dah rancang nak pergi bersama sebab nak elak jem oooii...
Melaka sekarang ni asal malam minggu je mesti dan wajib jem.
Dah macam KL lah pulak asal malam minggu je jem tak tentu pasal.

  

Ni pun best friend Princess juga masa kat Kolej. 
Tak kan pernah lupa jasa dia yang selalu tumpangkan Princess bila motor Princess rosak.
Terima kasih kawan.



Kami bertiga.
Princess, Syu'ai dan Zahidah.
Kami selalu bersama masa kat kolej dulu. 
Pergi mana pun mesti bertiga.



Kami berdua lah pulak. Haruslah ada gambar kami husband and wife kan....
Tak semenggah je rupa laki aku. Penat katanya sebab siang hari tu dia jaga lalu lintas untuk penamaan calon.
 Princess's Beloved Husband as my couple at the day.



Pensyarah dan pelajar. 
Senior dan junior masa zaman kolej dulu.
Dan kini kami bertemu as a friend.


Bersama pensyarah kami. 
Kelas Perakaunan...



Okay, nak suh korang puji diri ini...
Ahahaha....



Princess's beloved Husband yang hensem sikit dari biasa.
Ahahaha...



Posing adalah perkara wajib...
Budak-budak junior kata akak diva ni tak pernah berubah. 
Tetap macam dulu juga. Diva dan mempunyai confident level yang tinggi.
Ahaks...

Nasiblah tak dinobatkan sebagai Princess of the night. Kalau tak pengsan korang nyah...



Jom layan gambar posing kami yang tak berkesudahan.
Nasiblah cameraman nak layan...












 Last sekali sebelum kami balik.
Bergambar beramai-ramai bersama semua pensyarah dan pelajar.



The best "Menggamit Memori Bersama KKJS" ever...
Lain tahun kita jumpa lagi warga KKJS.
KKJS kenangan yang tak akan dilupa walau ditahap mana kami berada.


Nota gila si Princess :
- Sebelum ni banyak entry tak bergambar. Tapi bila sekali letak gambar hambik kau. Selambak aku bagi. Ahaha...
- Princess's Beloved Husband tahu yang Princess akan update cerita pasal majlis tu. Sebab tu dia amat bekerjasama untuk jadi cameraman Princess.


Sunday, 21 April 2013

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah ya Allah...

Kau permudahkan segalanya...

Dalam pada kau turunkan ujian, kau berikan kami rezeki.

Hanya rasa syukur saja yang hamba dapat ungkapkan ya Allah.

Alhamdulillah... Princess nak sangat kongsi dengan korang. Tapi tak confirm lagi. Booking, dah booking dah. Tapi belum sign so belum sah lagi lah.

Akhirnya merasa juga untuk........

Percaturan Allah tu indah sebenarnya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kami sebagai hambaNya.

Kita sebagai hambaNya ni kena bersabar dan berusaha je. InsyaAllah akan ada hasil.

InsyaAllah Princess akan kongsi dengan korang juga.

Tunggu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 20 April 2013

SABAH OH SABAH - LAIN KALILAH KITA BERJUMPA...

Ya, tiket dah beli. Semua apa yang kami rancang dah di list kan. Tapi... Nampaknya tak jadilah pulak kami ke Sabah.

Atas sebab-sebab tertentu terpaksalah kami 'burn' kan je tiket kami tu.

Rugi memang rugi. Tapi mungkin bukan rezeki kami untuk pergi ke sana bersama. InsyaAllah akan ada rezeki yang lain untuk kami ke sana. InsyaAllah. Doakanlah kami...

Buat masa ni hati ni tak tenteram sangat-sangat. Macam-macam masalah yang datang.

Masalah dari keluarga. Adik beradik. Saudara mara.

Tapi dalam banyaknya masalah Princess ni. Alhamdulillah hati ni masih dapat redha dan terima semua ujian tu dengan ikhlas.

Allah uji sebab dia sayang kat kita. InsyaAllah akan ada jalannya.

Hanya satu prinsip je Princess pegang. "Hidup kita ni macam roda. Sekejap kita kat atas dan sekejap lagi kita dah ada kat bawah. Macam tulah caranya Allah uji setiap hamba yang Dia sayang."

Ya... Dengan prinsip ni InsyaAllah ia akan jadi penguat bagi Princess untuk mengharung segala ujian dari Allah. InsyaAllah...

'Ya Allah, kau kuatkanlah iman ku. Kau cekalkanlah hati ku untuk mengharung segala ujian dari Mu ya Allah. Sesungguhnya aku tahu diri ku adalah dari kalangan orang-orang yang Engkau sayang untuk merasa ujian dari Mu.'



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 19 April 2013

AKU DAN DUNIA KU...

Bila rasa nak marah diam adalah lebih baik.

Diam tanpa sepatah kata.

Diam dengan beribu tanda tanya dari orang sekeliling.

Diam tanda protes!!!


Biar semua orang rasa apa yang aku rasa.

Biar semua orang tahu apa yang aku fikirkan.

Biar semua orang tahu apa yang aku nak.


Tapi dalam diam, air mata ini jatuh sendiri.

Dalam diam hati berbicara sendiri.

Dalam diam otak semakin kusut.


Ya, diri ini perlukan sokongan.

Diri ini perlukan semangat.

Diri ini perlukan ruang.


Bila diam mulalah cipta dunia sendiri.

Ingin mencari ruang dunia sendiri.

Ingin hidup dalam dunia sendiri.


Sebab itu terjadinya AKU DAN DUNIA KU...

Rasa bahagia disitu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 17 April 2013

SETIAP APA YANG KITA RASA

Kadang-kadang kita rasa dunia ni kejam pada kita.

Tapi bila ada perkara yang baik berlaku kita rasa dunia ni indah bagi kita.


Kadang-kadang kita rasa semua orang tak suka kita, bercerita buruk tentang kita. Kita mula tak suka dia.

Tapi bila kita renung balik segala cerita buruk tentang kita tu sebenarnya adalah sebuah pujian untuk kita.


Kadang-kadang hati kita ni lemah dengan semua masalah yang ada. Sebab kita tak pernah redha.

Tapi bila kita muhasabah diri sebenarnya masalah yang melanda itu hanyalah sebuah ujian dari Allah.


Kadang-kadang kita rasa semua orang kat sekeliling kita semua tak betul. Pada mata kita apa yang diorang buat semua salah.

Tapi bila mereka mendapat kejayaan barulah kita sedar kita ni ada perasaan iri kat hati kita.


Setiap orang ada rasa masing-masing. Hanya keredhaan dan keikhlasan hati yang membuatkan kita tak sama dengan orang lain.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 10 April 2013

PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA (17)

Assalamualaikum all...

Minggu lepas tekak ni terasa sangat nak makan makanan yang manis-manis...
So, teringat nak buat puding caremel. Tapi kali ni nak buat versi tak gunakan telur.
Ha... Boleh ke? Tentu lah boleh kan..
Just guna serbuk agar-agar je.
Rasa sama. Warna sama. Struktur pun sama.
Yang lain adalah bahannya saja.

Nak resepi?? Resepi ni Princess dapat dari kawan Princess.
Tapi tak tahu dia dapat dari mana. Kalau ada yang tersama ke dengan resepi korang mintak maaf ye.



Ini lah puding caremel Princess.
Cantik tak???


Resepi puding caremel tanpa telur :

Bahan A (bahan caremel)
2 senduk gula
1/2 cawan air

Bahan B
1 peket serbuk agar-agar
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C (dicampur dan digaul)
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan :
- Bahan A dihanguskan untuk dijadikan caremel. Masukkan dalam loyang dan ketepikan.
- Bahan B didihkan didalam periuk. Setelah mendidih kecilkan api. Masukkan bahan C.
- Kacau rata selama 3 minit sehingga adunan likat dan pekat.
- Matikan api dan tuang dalam loyang berisi caremel tadi.
- Biarkan sejuk dan terbalikkan didalam pinggan. Sedia dihidang. 


Haa.... Senang tak?? Korang boleh lah cuba sebab senang sangat.
Dan resepi ni pun tak lah lama sangat nak buat.

Okaylah korang... Selamat memasak korang...


Tuesday, 9 April 2013

HARI-HARI YANG MEMBUATKAN HATI INI IKHLAS...

Assalamualaikum all...


2 3 hari ni Princess tersangat lah sibuk. Serius begitu sibuk sehinggakan Princess rasa penat sangat. Walaupun hanya sorang suri rumah tapi kesibukan Princess ni macam orang yang ada bisnes berjuta ringgit. Eeergh!!!

Okay... Princess teramatlah sibuk dari minggu lepas lagi. Menyiapkan tempahan bantal dari kain felt, tempahan bunga tangan dari kain felt, tempahan menjahit manik dan melawat orang sakit. Ya... Melawat orang sakit untuk 2 hari...

Hari Sabtu Princess dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan pak cik Princess masuk hospital sebab batuk berdarah. Tapi kami tak dapat datang pada Sabtu tu sebab Princess's Beloved Husband kerja 24jam untuk hari tu. So, kami bercadang hari Ahad kami akan ke Hospital Batu Pahat untuk pergi melawat.

Tak sampai 5 minit dapat panggilan dari kampung kawan Princess's Beloved Husband kat Klang pulak call. Katanya kawan baik Princess's Beloved Husband masuk ICU sebab excident. Ya Allah sungguh menduga hati kami berdua.

Jadi, kamu decide untuk atur jadual untuk ke Batu Pahat dan Klang. Hari Sabtu kami ke Batu Pahat untuk melawat pak cik Princess. Hari Isnin pula kami akan ke Klang untuk melawat kawan baik Princess's Beloved Husband.

Jadi hari Sabtu ke Hospital Batu Pahat lah kami berdua. Kami sampai dalam area pukul 2 petang. Tapi kami tak dibenarkan masuk sebab kata petugas kat situ waktu melawat dah habis. Waktu ni memang terlalu menguji kesabaran kami. Sebab 3 kali dihalang untuk jumpa dengan pak cik sendiri. Katanya sekali lagi waktu melawat dah habis tapi masih boleh melawat kalau pergi sorang-sorang. Okay fine. Mula-mula Princess's Beloved Husband naik dulu pastu bila tiba giliran Princess tak boleh pula. 3 kali okay. Princess rasa muka Princess ni dah wanted kat hospital tu. Anggap je kau tengah jalankan tugas kau dengan ikhlas... 2 jam juga Princess tunggu untuk masuk pada waktu melawat yang seterusnya. Dan akhirnya dapat juga Princess jumpa pak cik kesayangan Princess tu. Malam tu juga kami balik ke rumah sebab esok nak ke Klang.

Hari Ahad pula, pagi-pagi lagi kami dah gerak ke Klang. Sebabnya tak nak terlepas waktu melawat pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah dengan izin Allah kami selamat sampai ke hospital tepat-tepat jam 12.30 tengahari. Sampai je di wad kawan Princess's Beloved Husband tu kami dapat tahu ada 3 lagi orang yang kami kenal ada dalam hospital yang sama. Mak angkat Princess tingkat 2 hospital, rakan sekerja tingkat 8, dan anak kepada incharge Princess's Beloved Husband tingkat 7. Dan kawan baik Princess's Belived Husband tingkat 5. Kami habiskan masa 3 jam lebih untuk pergi melawat kesemua mereka. Bayangkan kami turun naik tangga dan lif. Alhamdulillah asma Princess tak menyerang time tu.

Memang menduga sangat-sangat keikhlasan kami. Walau apa pun kami ikhlas melawat mereka.

Dalam pukul 3 lebih kali baru nak lunch. Dan lunch dengan sorang lagi kawan rapat Princess's Belived Husband yang sememangnya sangat rapat dengan kami berdua. Dalam pukul 4 petang kami ke GM Klang pulak. Hoyeay!!!

Shopping, shopping dan shopping!!! GM ada kat bangunan baru okay. Lagi tersusun dan teratur. Lain sangat dari GM kat bangunan lama yang berserabut. Macam biasa, pergi bukan saja-saja tapi ada misi. Nak cari stok manik yang dah nak habis!

Masa tengah cari manik dah dapat sorang kawan kat situ. Dia jahit manik untuk baju sendiri tapi Princess jahit manik untuk buat berniaga lah kan. Dia tanya kalau ada blog. Oh, dengan bangganya bagi tau nama blog Princess yang tak popular ni.

Kepada awak yang kita jumpa kat kedai manik tu. Terima kasih ya sebab sudi singgah jalan-jalan kat blog saya. Maaf sebab lupa nak tanya nama awak. Klau awak jalan-jalan kat blog saya sila tinggalkan jejak ya. Supaya boleh berkawan dengan awak lebih rapat lagi.


Okay lah all... Nanti nak update tentang manik lagi. InsyaAllah dalam masa terdekat ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 5 April 2013

JADI JE TAK PERGI SABAH NI???

Ya... Jadi ke tak nak pergi ni. Sebabnya Princess's Beloved Husband TAK DAPAT CUTI... Eeerrgh!!! Sedih!!!

Cutikan dah beku sekarang ni untuk kakitangan keselamatan.

Sooooo... Princess's Beloved Husband kata berkemungkinan besar dia tak akan pergi. Ya lah... Tiket dah booking. Takkan nak 'burn' macam tu je kan. Oooooh... Sungguh rugi.

Jadi Princess ingat Princess nak pergi sendiri. Be independent sikit lah jawabnya. Pergi airport sendiri. Check in sendiri and fly sendiri. Oooh... Tak ku dapat bayangkan bagaimana rupa aku time tu...

InsyaAllah Princess akan fly ke Sabah 1-5-2013 ni. InsyaAllah... Sanggup kau kami laki bini ikat perut untuk simpan duit ke Sabah. Tak dapat shopping sangat Princess dalam 2 ke 3 bulan ni semata-mata nak simpan duit lebih untuk bawa ke Sabah. Haa... Boleh?

Okay lah... Kita wait and see je lah time tu. Mana tahu perancangan Allah lagi hebat. Nanti Princess's Beloved Husband boleh ikut sekali tak lah Princess pergi sorang-sorang... InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 3 April 2013

PRINCESS AND BEAUTY (6)




Assalamualaikum ladies-ladies yang gorgeous...

Hari ni si gorgeous yang diva ni nak kongsi tentang beauty lagi... Eceh... Gorgeous diva lah sangat kan.

Pada korang penting tak menanggalkan sel-sel kulit mati kat tubuh korang?

Kalau soalan ni ditujukan pada Princess haruslah penting sangat-sangat okay... Kerana kecantikan itu sebahagian dari diri ku... Haaa... Boleh.

Tak lah, sebenarnya Princess ni dah terbiasa sejak anak dara sental badan ni dengan lulur. Ahaha... Mula-mula ibu Princess ajar buat lulur dari beras, pastu sebab kemalasan asyik mendatangi diri ni, so Princess ambil jalan senang je. Pergi kedai pilih je mana suka dan beli je lulur yang dah siap jual tu. Murah pun murah. Best pun best. Haa... Senang tak. (Nak senang je lah keje ko.)

Ni lah salah satu jenama yang Princess biasa pakai dan antara lulur yang paling best Princess pernah pakai.

Lulur dari jenama PUTRI BINARI...

(Warna Putih) Putri Binari - Lulur Scrub : Susu Beras

Diadun dengan susu kambing dan susu beras untuk memelihara kelembapan kulit dan menyegarkan kulit. Susu kambing dan susu beras adalah gabungan yang hebat untuk mencerahkan kulit, jadikan kulit selembut sutera dan cerah seperti mutiara.

(Warna Pink) Putri Binari - Lulur Scrub : Bunga Chrysan

Diadun dengan bunga-bunga, bertindak membersih secara lembut dan memelihara kelembapan semulajadi kulit, Echinacea dalam formulasi lulur ini dapat mengelakkan bau badan, diadun sekali biji bunga matahari untuk melembutkan kulit agar kulit lembut, halus dengan haruman yang menarik.

Lulur ni kalau ikutkan seminggu 2 kali je pakai. Tapi disebabkan Princess ni terlebih rajin lah kan... Princess guna 2 hari sekali. Sebab bau dia best lah Princess suka pakai. Segala tok nenek daki dan sel-sel kulit mati boleh tanggal. Kulit pun nampak berseri je ko.

Haa... Menarik tak. Dari anak dara lagi Princess pakai lulur Putri Binari ni. Memang best. Ada beberapa lagi variasi lulur ni tapi Princess tak pernah cuba sebab dah setia pada yang 2 ni. Ahaks...

Sebab tu tangan dan kulit Princess terasa lembut kalau disentuh. Bukan nak 'up'kan diri sendiri ya tapi Princess's Beloved Husband dan orang-orang disekeliling Princess yang cakap. Sampai ada yang sangka Princess ni kurang buat kerja rumah.

Ohoi... Boleh pulak cakap macam tu. Kenapa? Tangan lembut menunjukkan kau seorang yang malas ke?

Kerja rumah tetap dilaksanakan, kemas rumah dah jadi tanggungjawab. Tangan yang lembut pulak dah jadi salah satu tanggungjawab seorang isteri pada suaminya tau.

Nanti suami I nak pegang-pegang tangan nanti. Dari sentuhan tangan lah kita ambil hati suami tau. Eh. Cerita bab kawin pulak...

Okay... Korang pulak ada lulur pilihan hati tak?

Tak salah manjakan diri ni sekali-sekala. Sebab sebagai wanita kecantikan tu hanya untuk lelaki bernama suami. So... Penting menjaga penampilan dan kecantikan diri khas untuk suami. Bila kita kemas, cantik dan bersih suami pun sayang. InsyaAllah...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 30 March 2013

BICARA SANG HATI - ITU KEMAMPUAN MASING-MASING...

Kadang-kadang apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang orang rasa.

Kadang-kadang apa yang kita dapat tak sama dengan apa yang orang dapat.

Kadang-kadang apa yang kita terima tak sama dengan apa yang orang terima.

Kadang-kadang apa yang kita nak tak sama dengan apa yang orang nak.


Kadang-kadang perkara macam ni memang akan menambahkan iri hati dan cemburu sesama sendiri.

Kadang-kadang perkara seperti inilah yang akan membuatkan sesetengah orang rasa ketidakadilan tu.


Sebenarnya dunia tak kejam. Allah juga tidak kejam.

Sebabnya apa yang berlaku adalah kehendakNya sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Allah dah rancang dengan elok. Setiap manusia memang berbeza.

Ada yang sempurna, ada yang kurang sempurna.

Ada yang kaya, ada pula yang miskin.

Ada yang sihat, ada yang sakit memanjang.

Ya sebab Allah sayangkan hamba-hambaNya lah Dia buat macam ni.


Sama seperti yang aku rasa.

Bila orang mengandung aku rasa iri hati sangat. Rasa cemburu yang membuak-buak.

Bila orang ada anak aku rasa 'down' sangat. Rasa bersalah sangat pada diri sendiri, suami dan keluarga.


Ada tu sampai tak nak bagi tahu aku langsung yang dia mengandung. Kononnya nak sorokkan dari pengetahuan aku sebab takut aku sedih.

Eeergh!!!

Tahu tak kau buat macam tu lagi aku sedih tau.

Sedih sebab orang cuba nak sembunyikan sesuatu perkara yang gembira dari pengetahuan aku.

Sedih sebab aku rasa orang nak pinggirkan aku hanya kerana aku ni dah nak masuk 3 tahun kawin tapi masih belum mengandung dan ada anak.


Boleh tak kau bayangkan kalau aku kat tempat kau dan kau kat tempat aku.

Bukan aku nak cakap besar.

Mungkin kau tak setabah aku untuk harungi benda ni.

Serius... Tak ramai orang yang diuji Allah sebegini rupa.

Tapi kadang-kadang orang yang tak diuji ni lupa dengan apa yang mereka dapat. Pada kau itu nasib masing-masing.

Ya itu semua nasib masing-masing tapi sekurang-kurangnya jadilah manusia yang peka. Peka terhadap apa yang berlaku disekeliling. Orang disekeliling kau.

Pada kau salah kalau orang tak mengandung. Salah kalau orang tak ada anak. Semuanya salah.

Cubalah berdiri di kaki aku ni. Rasakan betapa beratnya ujian yang Allah beri ni.

Aku pasti kau tak akan sanggup untuk menahannya walau untuk setahun.


InsyaAllah dengan berkat kesabaran dan semangat yang aku pegang selama ni akan membuaka mata semua orang.

Aku tak mintak banyak. Tapi...

Tolong jangan pinggirkan orang macam kami. Kami tak bersalah. Tapi kami hanya menjalani sebuah dugaan kecil dari Allah.

Tolong jangan berkata apa-apa tentang kami. Tapi berikanlah kami sedikit semangat untuk menempuhi ujian Allah ini.

Tolong jangan hanya menunding jari pada kami. Tapi cubalah duduk ditempat kami.


Itulah yang selama ini kami rasa. Walaupun ujian itu pahit insyaAllah sabar itu akan membuatkan ia menjadi manis...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 27 March 2013

MASUK HOSPITAL DAH...

Assalamualaikum all...

Bukan Princess yang masuk hospital tapi adik lelaki Princess yang masuk hospital.

Semalam dia demam, muntah dan cirit -birit. Hari ni kononnya dia nak ambil MC sebab tak pergi ke kelas. So masa pergi ke Klinik Kesihatan doktor amik sample darah dia dan terus masukkan air. Dah petang dalam pukul 5, doktor suspek dia demam denggi. Lepas tu klinik terus bawa gi hospital besar. Tapi baru suspek je. Tapi minta-minta lah tak ada apa-apa. Risau juga. Lagi pun risau kat ibu Princess yang dok menangis kat Sabah sana sebab mengenangkan anaknya masuk hospital.

Princess cakap insyaAllah selagi Princess ada dia akan terjaga. InsyaAllah.

Esok nak pergi lagi hospital. Kesian kat Princess's Beloved Husband sebab tak cukup tidur. Tak pe lah berkorban sikit katanya...

Semoga adik Princess cepat sembuh...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 22 March 2013

NASI ARAB JASIN

Assalamualaikum all...

Sejak akhir-akhir ni Princess's Beloved Husband asyik sibuk je ajak Princess gi makan Nasi Arab.
Entah apa yang sedap pun tak tahu.
Serius Princess tak terfikir pun nak ajak Princess's Beloved Husband pergi makan Nasi Arab.
Walaupun tahu yang kat Melaka ni berlambak kedai Nasi Arab.
Okay fine sebenarnya tak terliur pun kalau orang sebut pasal Nasi Arab ni... Ha.. Boleh?

Dan semalam akhirnya berjaya juga Princess's Beloved Husband ajak Princess gi makan Nasi Arab yang baru buka kat area Jasin.
Haruslah ikut cakap suami kan...



Soooooooo..... Ke Pisang Kafe lah kami...


Secara seriusnya Princess tak tahu nak makan apa.
Nasib baik ada menu kan. (Nampak tak kolot disitu)
Menu dia tak lah banyak mana sebab kedai baru kan.



Antara Nasi Arab yang ada.
Memang Nasi Arab ni je yang ada ea???



Haa... Tengok...

Tak lah banyak mana. Cukuplah untuk sorang makan.
Sebab biasanya Princess dengar orang kata Nasi Arab ni banyak.
Mungkin lain kedai lain kuantitinya kot.



Princess makan Nasi Mandy Kambing.
Princess's Beloved Husband pula Nasi Mandy dan Kari Ayam Masala.

First expression...
Bolehlah... Kambing tu mungkin macam tu kot rasa di..
Dan nasi tu rasa tawar sikit. (Ha... Jujur tak I...)
Kari Ayam Masala tu sedap. Itu je lah yang boleh diungkapkan.

Ingatkan nak order Kebab tapi terasa malu lah pulak nak order banyak-banyak kan. 
Kononnya malu, pada hal dalam hati melonjak-lonjak nak tambah makan. Ahahah...

Tapi insyaAllah lain kali boleh lah cuba Kebab dan Roti Arab diorang.

Oh ya, ada beberapa orang pekerja kat sini memang didatangkan khas dari Arab kot.
Sebab dapurnya boleh nampak dari luar.
Kedai pun bersih je. Selesa lagi. 
Tapi kalau time hujan tempat duduk adalah limited.
Sebab kebanyakkan meja ditempat tak ada bumbung.

Okaylah... Sekarang orang-orang Jasin tak payah nak ke bandar Melaka lagi untuk makan Nasi Arab.
Kat Jasin pun ada dah.

Okay korang...
Jumpa lain kali okay.
Tata korang...


Sunday, 17 March 2013

BERMALASAN DENGAN BERSUSHI...

Assalamualaikum ladies...

Ber'ladies'bagai lah pulak. Okay...

Jumaat lepas adalah our malas day. Ergh!!! Sungguh malas...

Nak masak nasi pun terasa malasnya.

Sooooooo... Princess's Beloved Husband ajak makan sushi lah pulak.

Oh my... My husband ajak makan sushi you...

Ahaha... Terharu I.

Makan dimana? Makan di Sushi King je.

Itulah tempat favourite kami yang best setakat ni. 

Disebabkan terlalu lapar masa makan tu, jadi tak banyak gambar yang Princess snap. Sushi-sushi yang bergerak mengelilingi meja lebih menggoda dari snap gambar.


Ha... Nampak tak gambar kicap dengan wasabi tu? Princess kalau makan sushi harus sangat-sangat ada wasabi. Pastu masa makan mulalah menitik air mata jatuh. Itu lah kenikmatan sebenar. Ahaks...

Sushi ni dah lama jadi favourite food dan makanan 'sawan'an Princess. Tapi sejak-sejak kawin dengan Princess's Beloved Husband, dah berjangkit pula sawan sushi ni dekat dia.

Setiap bulan sekali atau 2 kali mesti pergi makan Sushi King. Dah jadi satu kemestian pulak untuk makan setiap bulan...

Sebenarnya ada banyak lagi makanan favourite Princess tapi yang satu ni yang selalu teringat-ingat kalau dah lama tak makan. Ha... Boleh?

Korang pulak ada makanan favourite ke?


Published with Blogger-droid v2.0.4