Thursday 5 June 2014

4 TAHUN YANG INDAH


4 tahun usia perkahwinan kita

5 Jun 2010 - 5 Jun 2014

Walau tiap-tiap tahun tak ada candle light dinner 
Tapi Princess awak masih setia bersama awak

Princess awak ni tetap sayang awak walau awak tak LOMANTIK
Tak kisah la kalau tak lomantik pun sebab kadang-kadang tanpa sedar awak lomantik juga apa

Princess awak ni setia menunggu setiap kali awak balik kerja
Tidak keluar rumah tanpa awak
Tidak makan tanpa awak disisi

Walau awak sering ajak saya bergaduh tanpa sebab
Saya tahu awak sebenarnya nak saya manjakan awak kan

In sya Allah suatu hari nanti Allah akan kurniakan apa yang kita minta
Bukan sesuatu yang mudah untuk menempuhi alam rumahtangga tanpa zuriat
Tapi Allah maha mengetahui

Saya tak kuat untuk tempuh ujian ini
Tapi terima kasih kerana sentiasa disisi ketika saya tak kuat untuk hadapi ujian ini
Kita sama-sama yang rasa perasaan ini
Biar kita saja yang simpan perasaan ini

Saya nak bagi tahu awak ni
Awak sebenarnya seorang suami yang baik
Seorang imam yang soleh
Seorang sahabat yang setia
Dan seorang kekasih yang penyayang

Saya sayang awak lillahita'ala
Awak suami saya dunia dan akhirat




Suami - Isteri
Imam - Makmum
Kawan Lelaki - Kawan Perempuan
Boyfriend - Girlfriend

Tengku Mohd Syamzari - Nurulfatkhi


5-6-2014

No comments: