Assalamualaikum alls...
Lama Princess tak update blog kan. Sungguh tak ada idea nak update tentang apa. Tak kan lah Princess nak cerita tentang hari-hari Princess yang sungguh membosankan tu kat korang kan. Nanti korang pula yang bosan membacanya.
Hari ini Princess nak kongsi sikit lah tentang persepsi orang tentang - bila dah kahwin dah tak boleh nak enjoy dan bebas seperti orang bujang.
Hmmm... Betul ke?
Ada ke manusia yang rasa macam tu?
Pada pendapat Princess lah kan.
Bila dah kahwin ni adalah masa yang paling bebas sangat-sangat. Kenapa Princess kata macam tu?
Ada sebabnya. Princess ini dulunya bukanlah seorang perempuan yang senang nak keluar rumah. Susah lah nak keluar-keluar rumah bagai. Keluar malam pun tak pernah. Biasanya kalau Princess keluar hanya dengan family saja. Kalau keluar ke bandar pun hanya dengan kawan-kawan rapat saja. Sebabnya ayah Princess ini seorang yang tegas. Dia takutlahkan kalau anak dara dia ini terlalu sosial. Tapi Alahamdulillah Princess tak pernah pun anggap ketegasan ayah Princess itu satu kongkongan. Malah Princess rasa ianya salah satu cara ibu bapa mendidik kita supaya tidak terlalu 'liar'. Princess akui mungkin ada yang mengatakan Princess ini adalah seorang yang kolot. Princess tak kisah kalau ada yang memberi gelaran tersebut pada Princess. Sebabnya Princess tahu ada sebab kenapa kedua orang tua kita buat macam tu pada kita.
Masa zaman bekawan dengan Princess's Beloved Husband pula kami jarang keluar untuk 'dating' bagai. Biasanya sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Ikut kepada Princess's Beloved Husband la. Kalau dia datang kami keluar. Kalau dia tak datang kami tak keluar. Biasanya kalau kami keluar Princess's Beloved Husband mesti hantar Princess kerumah semula sebelum maghrib. Maknanya kami keluar tengahari dan petang kami balik. Tapi walaupun masa yang sesingkat itu kami keluar kami tak pernah menyesal.
Mesti korang rasa boringkan macam tu. Ya la. Biasanya Princess dengar kalau couple ini mereka biasanya keluar berjam-jam lamanya. Seminggu mesti sekali jumpa. Ya ke?
Bila kami dah kahwin pula. Bagi Princess hari-hari yang Princess lalui sungguh bahagia.
Kalau dulu Princess tak boleh keluar malam, sekarang ini Princess boleh keluar malam untuk berdating dengan Princess's Beloved Husband. Kemana saja dan pukul berapa pun tak kisah.
Dan lagi...
Kalau dulu Princess's jarang keluar rumah. Sekarang ini kalau ada masa saja mesti keluar rumah jalan-jalan dengan Princess's Beloved Husband.
Princess rasa bebas sangat.
Kalau dulu Princess tak pernah pegang tangan Princess's Beloved Husband sebab belum kahwin lagi. Kami bukan muhrim okay time tu. Tapi sekarang bukan setakat pegang tangan atau berpeluk-pelukan tapi lebih dari itu pun Princess boleh buat. (Ops 18SX la pulak!! Wahaha)
Bukan nak jadi lucah. Tapi itulah kenyataan.
Korang ada? Hahahah...
Itulah hakikatnya.
Siapa kata dah kahwin tak bebas? Sebenarnya bila dah kahwin inilah masa yang paling bebas untuk kita. Tapi biarlah bebas itu mengikut syariat islam jangan main langgar saja.
Tapi kalau korang adalah seorang kaki clubing atau kaki sosial itu terserah pada korang. Mungkin ada masa kita kena berubah. Kita ini bukannya hidup untuk selamnya. Hargailah masa yang kita ada sementara di dunia ini.
Fikir-fikirkanlah... Kahwin ini boleh menghapuskan syaitan yang selalu dok menghasut kita untuk buat maksiat. Jadi sebelum terlanjur dan kalau mampu tu kahwin saja lah. Itukan lebih senang.
Renung-renungka dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment