Assalamualaikum alls...
Hari tu kan, Princess tak masak. Wah, saja nak bagi tahu kat orang yang kita tak masak. Malas lah tu...
Okay... Okay...
Bukan tak nak masak tapi Princess's Beloved Husband suruh buat makanan yang senang-senang saja. Mula-mula rasa nak pecah kepala kot nak cari idea masak apa. Lepas tu baru teringat. Dalam peti sejuk ada roti tortilla yang Princess beli masa pergi shopping barang dapur semalamnya.
Dan... Princess dapat idea untuk buat tortilla ala-ala Princess lah
Nak resepi? Resepi mudah sangat-sangat. Budak umur 5 tahun pun boleh buat.
Bahan-bahan:
4 keping roti tortilla - Princess guna jenama Wraps beli dekat Pasaraya Mydin
2 1/2 keping dada ayam - potong leper
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
1 sudu besar butter
5 sudu besar mayonise
Salad secukupnya
Tomato dihiris secukupnya
Cara memasak:
- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam, ketepikan.
- Panaskan kuali leper atau pan. Cairkan butter.
- Masukkan ayam tadi dan biarkan hingga masak.
- Bila ayam dah masak carik-carikkan ayam tadi untuk inti.
- Panaskan roti tortilla tadi.
- Sapukan mayonise pada roti tortilla dan letak ayam tadi bersama salad dan hirisan tomato. Gulungkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Okay... Senangkan? Korang boleh cuba. Makan tortilla ini saja pun dah boleh kenyang. Boleh dimakan bila-bila masa. Untuk minum petang pun boleh. Sebagai makan malam pun boleh. Tak payah nak makan nasi bagai. Tak lah heavy sangat makan malam kita tu kan. Sesuai untuk yang sedang berdiet juga.
Cuba lah resepi ini. Olahnya dengan cara tersendiri. Memasak ni tak susah cuma perlukan sedikit idea dan bahan memasak sahaja. Lagi ringkas lagi sedap.
No comments:
Post a Comment