Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan segala kurnia yang telah Allah berikan pada kita.
Ada sesetengah orang menggangap rezeki itu hanya duit.
Kenapa? Pada mereka duit lebih penting dari segalanya.
Bukankah itu salah?
Pada kita yang berfikiran waras dan sentiasa mengingati Allah, rezeki itu tidak terletak pada duit semata. Tetapi rezeki itu Allah boleh beri dalam bermacam bentuk. Mungkin dalam bentuk makanan, zuriat, harta benda dan bermacam lagi. Bukankah itu yang seeloknya berfikir.
Ada juga walaupun dia tahu dirinya susah, tetapi masih tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. hanya tahu bila tiada duit mereka tiada rezeki. Mengapa? Cuba kita cari balik kesilapan kita yang telah kita buat kepada Allah. Mungkin kata syukur dengan nikmat itu kita lupa untuk ucapkan.
Ada sesetengahnya, Allah susah untuk beri dia rezeki. Senang kata rezeki susah masuk. Kenapa? Kena tanya pada diri sendiri.
Ada juga, sentiasa merungut tak cukup duit. Nak tahu tak, bila kita merungut Allah akan tarik sedikit demi sedikit rezeki yang telah dia beri. Sebab itu Princess selalu ingatkan diri sendiri dan juga Princess's Beloved Husband supaya jangan merungut jika duit tidak cukup atau apa. Tetapi kita tukar rungutan itu dengan bersyukur dengan apa yang ada. InsyaAllah rezeki itu tetap ada.
Tak kurang juga yang sering lupa bila ada banyak duit . Lupa akan kedua ibu bapa mereka dan orang susah. Apa salahnya sumbang sedikit kepada kedua orang tua dengan rezeki yang ada. Jangan terlalu berkira sangat dengan orang tua. Ingatlah mereka dulu yang susah payah menjaga kita dan membanting tulang mencari rezeki untuk memberi kita makan. Orang tua ni tak mintak banyak. Kita berilah walaupun sedikit tanda kita mengingati mereka. InsyaAllah jika kita berkongsi rezeki itu tak akan berkurang.
Satu lagi, Princess cukup pantang bila ada orang main campak-campak je makanan tu. Itu kan rezeki juga. Walaupun hanya makanan kucing. Itu rezeki. Allah dah beri kita rezeki itu kenapa harus dicampak-campak. Tak bersalah ke buat macam tu. Ya Allah....
Perlu fikir. Kenapa Allah susah nak beri kita rezeki. Kenapa Allah senang nak bagi dia rezeki. Perlu cari sendiri. Rezeki itu boleh dikongsi. Tak berkurang pun kalau sedekah. Tak akan habis pun beras seguni kalau bagi secupak. InsyaAllah dengan pemberian kita itu Allah akan beri ganjaran yang lebih besar.
Berkongsilah walau sedikit pun dengan ibu bapa kita. InsyaAllah tak akan habis duit dipoket kita. Kerana setiap kali kita memberi pada mereka pasti akan ada doa yang akan diberi kepada kita.
Anggaplah makanan itu rezeki yang paling mulia Allah beri pada kita walaupun makanan itu hanya nasi putih kosong dan berlaukkan ikan kering. Jangan merungut. Mungkin itu saja rezeki yang ada untuk hari ini dan bersangka baiklah mungkin Allah akan beri rezeki lebih baik esoknya.
Sebab tu, REZEKI ITU MILIK ALLAH.
Allah boleh tarik rezeki kita tu bila-bila masa saja. Sentiasa bersyukur dan tidak merungut kunci utama dalam memiliki rezeki yang mulia dari Allah. InsyaAllah...
Nota gila si Princess : Peringatan sesama umat dan juga diri sendiri...
3 comments:
ye betul..slm jengah
ye betul..slm jengah
Ya..rezeki mmg miliki Allah..cuma manusia perlu berusaha dan bertawakal kpd Allah.
Post a Comment