Friday, 13 April 2012

AT CAMERON HIGHLAND WITH SOME LOVE -- PART 3

Assalamualaikum alls..

Sambungan dari entry sebelum ini.
Hari ke-2 tak habis cerita lagi.
Sikit saja lagi.
Tak banyak dah.
Tapi entry kali ini Princess nak habiskan sekali dengan hari ketiga berada disana.
Iaitu hari terakhir kami sebelum balik ke Terengganu.

Ready alls!!!
Jom kita terjah....


Selepas solat dan berehat di hotel.
Dalam pukul 3.00p.m. kami keluar dari hotel dan ke Rose Valley pula.
Jadi kami pun berjalanlah ke Rose Valley!!!



Sebenarnya kami dah kepenatan.
Tapi disebabkan keterujaan itu masih ada jadi kami teruskan pengembaraan kami di Cameron Highland.
Tengok Princess's Beloved Husband.
Penat pun masih nak posing dan senyum.
EXCITED yow!!!



Apa yang Princess jumpa???
Black Rose!!!
Fisrt time tengok.
Black Rose ini tak kembang lagi.



Yang ini pun Black Rose juga.
Tengok dah kembang sikit.
Suka!!!
Yang dah kembang tak ada lah...



Bunga lain banyaklah kembang...
Sekembang Princess tak?
Wahaha...



Kembang lagi Princess's Beloved Husband kan?
Muka dan bunga dah sama BESAR!!!



Ahah!!!
Cili pun ada macam rose tau.
Ianya memang cili.
Kenapa diberi nama Rose Chili pun Princess tak tahu.
Yang Princess nampak ianya seperti buah jambu air!!!



Ini lagi satu.
Princess tak tahu apa benda ini?
Tapi disitu ada dinyatakan ianya adalah Long Gourd.
Labu air kot...
Entah.... 
Huhuhu.



Bukan sahaja bunga rose tapi diorang ada tanam buah dan sayur juga.
Tapi tak banyak..

Bergambar bersama buah tomato??
Motif?
Nak nampak cute!!!
Hahahah..
Muntah sekarang alls....



Ditengah-tengah kebun ROS!!!
Tak ada orang pun.
Nama pun bercuti dihari orang bekerja jadi haruslah tak ada orang alls...



Sebelum keluar dari Rose Valley, Princess jumpa Burung Merak yang sedang mengembangkan ekornya.
SubhanAllah YaAllah...
Cantikkan???
Rasa bertuah sangat sebab kami dapat lihat burung merak yang sedang mengembangkan ekornya.
Korang ada???


Keluar sahaja dari Rose Valley kami ke Kea Farm pula.
Sebab dah petang, lebih kurang pukul 4.30p.m.
Seperti semalamnya banyak kedai yang pakat tutup beramai-ramai.

Saja jalan-jalan.
Tapi motif yang sebenar adalah untuk cari Strawberry Chocolate yow..
Wahahaha...
Cakap dengan Princess's Beloved Husband yang Princess nak cari Strawberry Chocolate sampai jumpa.
Kalau tak jumpa tak nak balik!!!
Ugut macam tu je.
Boleh???
Semalamnya Princess ada nampak orang jual Strawberry Chocolate sekitar Kea Farm ini.
Sebab itu Princess beriya suruh Princess's Beloved Husband carikan.
Kesian Princess's Beloved Husband kan?
Dapat Princess yang gila lagi sewel.
Wahaha...



Yeay!!!
Dapat juga Strawberry Chocolate!!!
Sedap yow...
Rangup, manis dan nikmat.
Kau ada???
Wahahaha...
Murah saja. 3 cucuk RM5.00
Nasib baik Princess's Beloved Husband dapat jumpa.
Kalau tak duduklah dekat situ sampai semua kedai buka semula.
Wahahah... Jahatkan?
Orang benggong memang macam tu.



Princess's Beloved Husband pula?
Apa yang dia beli?
Jagung mentah!
Wahahah...
Siap mintak kat orang bangla yang jual tu nak beli satu saja.
Boleh?
Sebabnya diorang jual selonggok. Selonggok dalam RM15.00 kalau tak silap.
Tapi mak mertua Princess kata tak payah beli untuk dibawa balik sebab nanti dah sampai bawah rasanya tak sedap.
Eh.. Tapi jagung tu manis tau walaupun tak direbus atau dimasak.
Cuma ianya masak semula jadi saja.


Setelah penat membeli di Kea Farm kami ke Brincang semula untuk makan malam.

Tapi Princess's Beloved Husband terpandang sesuatu yang dia dah lama tak makan...
Apakah???




DURIAN!!!
Princess??? Princess tolong snap gambar saja lah.
Princess tak makan durian ya kawan-kawan.
Wahaha..
Ada ke orang tak makan durian macam Princess???


Dah habis tunai hajat si Prince, kami terus ke Brincang dan cari lokasi restoran pilihan kami.
Restoran ini suggest dari kakak ipar Princess.
Restoran Kelantan ya.
Kalau dah nama restoran Kelantan haruslah ada Tom Yam.
Oh..Oh.. Tom Yam nya sedap yow.
Memang tak sia-sia kakak ipar suggest restoran tu.
Sedap, murah dan Princess nak suggest pada korang jugalah.
Restoran ini terletak berdekatan dengan pasar Brincang.
Restoran bersih, makanan sedap dan harga murah.
Korang patut cuba kalau korang pergi ke Cameron Highland.



Tengok Princess's Beloved Husband.
Tak tengok kiri kanan dah.
Dia ingat perut dia saja.

Nak tahu tak berapa harga kami makan sebanyak itu?


RM15.00 yow!!!
Murahkan?
RM15.00 sebanyak itu!!!
Rasa nak order lagi...
Wahahaha...


Dah kenyang makan kami terus ke hotel dan berehat. Malam kami tak keluar sebab hujan dan sejuk melampau yow.
Masa makan pun menggeletar nak suap makanan.
Jadi kami rehat-rehat saja di hotel sebab penat berjalan seharian.


Esoknya, selepas berkemas kami pun check out dari hotel.
Sarapan dulu di sekitar Brincang dan tempat terakhir kami untuk dituju sebelum bergerak pulang ke Terengganu ialah Kea Farm semula.
Okay tak beli apa pun.
Just repeat beli Strawberry Chocolate again dan buy some Strawberry untuk orang Terengganu.

Tapi betul orang kata.
Kalau makan Strawberry di Cameron Highland lain rasanya. 
Ianya rangup dan kemanisannya terserlah.
Tapi bila di bawa turun rasanya semakin berkurang dan tak rangup dah!!!

Kami beli dua bekas berharga RM15.00 kalau tak silap Princess.
Princess pun lupa harga dia sebenarnya.
Beli satu untuk kami makan.
Dan satu lagi simpan untuk orang Terengganu.




Semasa di Cameron highland rasanya manis dan rangup.
Merah menyala bagai.
Terliur dibuatnya.




Princess' Beloved Husband sedang merasai keenakan buah strawberry tu.
Tak tengok orang pun.
Excited makan buah strawberry.



Itu sahajalah cerita Princess mengenai percutian dan pengembaraan kami ke Cameron Highland.
Bukan bercuti sahaja tapi berhoneymoon sekali ya.
Wahaha....
Sampai berjumpa lagi dilain entry mengenai percutian-percutian yang akan bakal kami pergi lagi selepas ini.
InsyaAllah.

Semoga korang semua seronok membaca dan mengunjungi blog Si Princess ini ya.

Tata alls...






No comments: