Ahah...
Dulu Princess hanya seorang anak kepada ibu ayah Princess.
Sekarang Princess adalah seorang isteri kepada Princess's Beloved Husband.
Bila sudah melalui banyak fasa dalam hidup ini mestilah fasa yang seterusnya adalah fasa yang wanita semua inginkan.
Fasa untuk menjadi seorang mommy kepada anak-anak Princess...
Bilakah?
Hanya Allah sahaja yang tahu hakikat itu...
Benar hati Princess ini sungguh teringin untuk mengandungkan anak sendiri, melahirkan anak sendiri dan membesarkan anak sendiri dengan penuh kasih sayang.
Tapi... Itulah takdir yang telah Allah berikan kepada Princess dan Princess's Beloved Husband.
Kami belum dikurniakan anak lagi oleh Allah.
Bukan untuk menyalahkan takdir. Sememangnya Princess redha dengan ketentuan yang telah ditulis.
Tetapi jauh dihati kecil Princess mahukan anak sebagai penyambung kasih antara Princess dan Princess's Beloved Husband.
Dihati ini, hanya Allah yang tahu betapa teringinnya Princess untuk ada anak sendiri.
Ya, setiap hari Princess mengenang.
Bila baca paper atau tengok tv mengenai kes pembuangan bayi yang tiada kesudahannya Princess jadi marah, sayu, pedih hati ini.
Kenapa??
Sebab orang-orang seperti Princess ini yang susah untuk dapat anak merasakan sebuah nyawa itu adalah beharga. Kenapa mereka sanggup untuk membunuh!!! Kenapa? Tak fikir ke mereka bayi yang mereka buang itu adalah suatu anugerah!!! Suatu pemberian yang Allah beri untuk mereka yang terpilih.
Bagaimana orang macam Princess yang belum menjadi insan terpilih itu?
Princess redha...
Kepada yang berkenaan membuang bayi-bayi yang tak bersalah itu!!!
Korang tak terfikir ke bagaimana kalau suatu ketika korang dilahirkan dulu ibu bapa korang membuang korang seperti korang membuang bayi-bayi itu.
Mungkin bayi yang wujud itu adalah kesalahan masa lampau korang tapi jangan disebabkan kesalahan itu korang menambah lagi kesalahan yang ada.
Ingat satu sahaja... Sebesar mana pun kesalahan atau dosa yang korang buat bertaubatlah kerana Allah Maha Pengampun...
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment