Tuesday, 10 April 2012

AT CAMERON HIGHLAND WITH SOME LOVE -- PART 1

Assalamualaikum alls...

Okay... Princess tahu, lama dah simpan cerita ini. Tapi tak cukup lama untuk basikan..
Cerita yang indah tak pernah basi alls... Itu hanya pendapat Princess. Pendapat korang???
Setiap pendapat ada cerita...

Okay lah, Kita teruskan ke cerita yang mungkin ditunggu oleh semua peminat Princess. (Yow, ada peminat ke???)
Hah!!! PERASAN!!!

Princess dan Princess's Beloved Husband bertolak dari Melaka pada 25/03/2012 hari Ahad.
Kami bertolak petang ya! Lepas saja Princess's Beloved Husband balik dari kerja kami terus berkemas dan gerak ke Klang. Wah, gila!!!
Mula-mula Princess's Beloved Husband kata nak bertolak pada esoknya iaitu hari Isnin. So, sebabkan tak sabar katanya jadi kami bertolak petang itu ke Klang. Dekat katanya. Princess pula sebagai seorang isteri ikutkan saja.

Kami sampai Klang dalam pukul 10.00p.m. Makan-makan dan Princess's Beloved Husband jumpa kawan-kawan lamanya dulu. Lepas habis perjumpaan dari hati ke hati kami terus pergi check in ke hotel. Di sebabkan sebelum ini kami pernah tinggal di Klang jadi kami tahu hotel bajet yang familiar kat Klang. Tidur untuk semalam dan pagi-pagi check out dan sarapan tempat biasa kami sarapan dulu-dulu. Oh, full of memories at there.

Dalam pukul 11.00a.m. kami terus bergerak menuju destinasi cinta kami. Wahaha... Ayat tak agak.
Disebabkan dari Klang untuk ke Cameron Highland adalah dekat dan mengambil masa hanya 3 jam lebih sahaja. Sepanjang perjalanan kami tidak singgah dimana-mana kerana terlalu excited kot nak sampai Cameron Highland cepat-cepat.

Highway lengang saja. Maklumlah hari bekerjakan, jadi tak lah bersesak mana.
Oh ya. Kami ke Cameron Higland melalui Simpang Pulai.
Ramai kawan-kawan yang suggest. So disebabkan kami first time pergi sendiri maka kami ikut saja apa yang dicadangkan.
Sebelum ini Princess pernah pergi ke Cameron Highland untuk beberapa kali. Tapi itu zaman-zaman Ribena. Kerap juga ke Cameron Highland, tapi ikut family. Jadi jalan mana untuk dilalui Princess tak ambil tahu sangat.
Jadi, bila pergi bersama Princess's Beloved Husband kami perlu berdikari sendirilah. Kan...?


Tengok!!! Highway tak lah banyak kereta macam hari cuti.
Suka dengan perjalanan macam ini, tak banyak kereta. 
Princess's Beloved Husband RELAX saja bila memandu.



Princess & Princess's Beloved Husband.



Muka excited nak bercuti.
Cameron Highland je kot...



Driver yang penyabar.
Princess's Beloved Husband.



Selamat sampai sudah...
Alhamdulillah...


Sesampai saja di Cameron Hihgland kami terus ke Bandar or Pekan Brincang. Apa-apa cari hotel dululah. Sebab nak solat dulu sebelum pergi dating lagi.
Kami sampai kira-kira jam 2.30p.m. Mungkin jalan tak sesak sangat jadi Alhamdulillah perjalanan itu dipermudahkan.
Selepas mencari-cari hotel yang sesuai untuk menginap bagi percutian 3 hari 2 malam dan selepas ditimbang segalanya termasuk kemudahan dan keselesaan kami memilih Hotel Jasmine sebagai hotel pilihan kami. Tak terlalu mahal dan boleh dikatakan bujet. disebabkan kami pergi hari bekerja jadi bayaran tidak terlalu mahal. berbanding hari cuti sewa hotel menjadi sedikit mahal.

Sepanjang perjalanan dari Simpang Pulai ke Brincang banyak kawasan yang menarik. Kawasan pun cantik-cantik.
Sebelum sampai ke Bandar Brincang, Princess ternampak satu tempat yang sesuai untuk Shopping!!!
Kea Farm. Lepas check in hotel, solat, mandi, tukar baju dan makan bagai kami ke ---- Kea Farm.

Banyaknya sayur yang segar-segar. Geram pula nak beli. Tapi nak buat apa kan... Just jalan-jalan ikut hati.

Terjumpa buah oren. Besar!!! Okay terlupa nak snap gambar buah oren itu. Tak lah besar mana tapi boleh tahan lah besarnya. Kami beli sedikit untuk dibawa pulang ke hotel. Siap suruh penjual itu potong bagai sebab kami tak ada pisau untuk potong buah oren itu nanti.
Bila kami sampai, banyak kedai yang dah tutup. Sebab dah petang. Kami sampai di kea Farm dalam pukul 4.30p.m. macam itu. So, no wonder lah semua kedai pakat tutup ramai-ramai. Wahaha...
Kita layan picture kat Kea Farm ya...



Princess rambang mata okay.
Tapi masih boleh menahan hati dan tangan untuk membeli or Shopping!!!



Tengok, kat tengah jalan tu...



Princess yang excited yow...



Kesian Princess's Beloved Husband. 
Gambar dia setengah je...



Okay kami dah berdua...



Hari hujan yow...


Lepas berjalan-jalan di Kea Farm, Kami menuju ke Bee Farm pula. Tapi kami tak pula ke tempat yang ada lebah tu sebab time tu tak ada orang. jadi kami perhati dari atas saja. Takut jugakan, sebab dah nama pun Bee Farm jadi haruslah banyak lebah. Kalau dah banyak lebah jadi kami takut untuk turun kebawah, bukan apa takut-takut kena sengat oleh En. Lebah jadi kami tak berani turun. Hanya lihat dari atas saja. Lagi pun tak ada orang. Apa-apa jadi susah.



Tengok... Rumah lebah la.
Wahaha...


Lepas tak seronok tengok lebah kami melalui Pekan Tanah Rata untuk ke Bharat Cameron Valley Tea House. Kami sampai diorang nak tutup. Jadi dengan gilanya kami posing tepi jalan saja. Wink.
Princess's Beloved Husband kata, esok dia janji nak bawa Princess minum teh disitu. Nak feeling-feeling ala mat salleh gitu katanya. Whahaha... Boleh???

Princess terpegun okay...




Kami memang suka dating!!!



En. Wira kami dah sampai Cameron Highland lah.






SubhanAllah...
Indahnya ciptaan Allah walaupun ianya manusia yang usahakannya.



 Cantikkan...


Malamnya kami makan di restoran yang berdekatan. Di bandar Brincang juga.

Okaylah kita sambung di Part 2 bila-bila masa saja lagi okay.

Banyak lagi cerita menarik di AT CAMERON HIGHLAND WITH SOME LOVE...

Selamat membaca alls...

No comments: