Tuesday, 31 January 2012
TAK INGIN BERPISAH
PRINCESS MEMASAK UNTUK KESAYANGANNYA
Seperti Princess, sejak berumahtangga banyak perkara yang dahulunya Princess tak tahu tapi sekarang ianya adalah perkara mudah. Misalannya, dahulu sebelum berkahwin semuanya mengharapkan ibu Princess. Nak-nak bab memasak. Memang tersangatlah tak suka untuk masak-memasak bagai ini. Lagi satu memang tak tahu pula nak masak ni macam mana, Princess cuma tahu masak air, nasi dan goreng telur bagai. Tegok itu punyalah pemalas dan tak tahu langsung masa itu. Ha... Tapi itu dulu, sekarang Alhamdulillah Princess sudah menjadi ahli dapur sepenuh masa. Boleh? Itu pun dengan tunjuk ajar dari Princess's Beloved Husband sendiri. Tengok punyalah tak malu sampai husband yang ajar memasak. Tapi Princess's Beloved Husband tak kisah untuk ajar mengajar ini sebab sebelum berkahwin Princess dah beri tahu awal-awal yang Princess ini sebenarnya bukanlah ahli dapur tapi ahli silang kaki... Hahaha, boleh? Sebenarnya Princess's Beloved Husband ini keturunan tukang masak istana Terengganu suatu ketika dahulu. Sebab itulah Princess's Beloved Husband ini pandai masak. Cakap sahaja masakan yang ingin dimakan pasti akan dibuatnya. Biasanya jika teringin makan sesuatu yang agak susah dibuat Princess akan minta Princess's Beloved Husband yang masak. Tapi dalam meminta itu Princess akan belajar. Sekarang Princess sudah boleh menandingi Princess's Beloved Husband. Suka...
Tapi ada juga jenis masakan yang Princess belajar sendiri, contohnya Princess banyak belajar dari mak mertua dan ibu Princess. Ada satu masakan yang dapat mengikat selera Princess's Beloved Husband. Biasanya dalam 2 minggu sekali Princess akan masak PUDDING CAREMEL. Ini pencuci mulut kesukaan Princess's Beloved Husband. Princess belajar dari mak cik kepada Princess's Beloved Husband. Senang saja nak buat, tidak mengambil banyak masa. Dalam entri ini Princess tak masukkan resepi. Insyaallah untuk entri akan datang Princess akan beri resepi untuk membuat PUDDING CAREMEL ini okay. Itu pun jika ada permintaan... Senang, cepat dan sedap...
Bagi Princess, suami adalah keutamaan. Tiada yang dapat mengekalkan ikatan kasih sayang antara suami isteri selain dari masakan...
KISAH BURN-BURN THE CAT PULA...
Selepas pindah ke Melaka, perangai Burn-burn dah banyak berubah. Burn-burn tak seaktif dulu. Suka menyendiri dan tidur saja. Sekarang dah pandai melawan cakap. Bila kita tak bagi keluar rumah mula lah buat bising. Kita tak bagi keluar sebab nak jaga bulu dia. Almaklumlah kesayangan tuannya. Bulu Burn-burn warna putih jadi senang sangat nampak kotor. Tapi sesekali beri juga dia keluar. Tapi bila dah keluar liat pula nak balik. Kita pula malam-malam nak pergi cari si Burn-burn ini. Tapi itu semasa mula-mula Burn-burn dipindahkan. Dia masih nak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran baru.
Apa yang mengejutkan kami sekarang, Burn-burn dah pandai cari girlfriend. Girlfriend dia selalu datang rumah kononnya nak jumpa si Burn-burn. Disebabkan selalu datang rumah kami letak nama girlfriend Burn-burn itu MARY... Bukan main lagi. Mary nyah. Hahaha... Tapi kami tak bela pun si Mary ini. Tak tahu kucing siapa kan. Takut si Mary ini ada tuan. Tak memasal kena marah dengan tuan dia sebab bela tanpa kebenaran. Boleh...
Bila Burn-burn dah ada teman baru, kita dirumah selalu dilupakan. Sebabnya Burn-burn dah tak mahu main macam dulu. Asalbalik rumah saja minta makan. Lepas makan tidur. Itu sahaja yang aktiviti si Burn-burn ini setiap hari. Apa-apa pun kami tetap sayang Burn-burn the cat...
Monday, 30 January 2012
LARA SANG HATI
Bila mereka tidak berkata apa-apa itu tidak bermakna mereka tidak mahu. Pada hakikatnya mereka telah berbohong. Biar mulut kata tak apa janji dia merasa bahagia. Kebahagian yang ada masih tidak cukup. Kebahagian yang ada hanya untuk menggembirakan mereka. Mereka tidak sedar perbuatan mereka itu telah mengguris perasaan dia. Walaupun dia tidak berkata apa-apa tapi hati dia terasa sayu. Ini semua bagai sebuah mimpi ngeri buat dia. Dia tahu, mereka berbohong pada dia. Dia tahu, mereka mahukannya. Dia tahu, mereka juga sunyi. Tapi apa yang dia dapat lakukan? Apa yang dia boleh buat untuk menggembirakan hati mereka? Persoalan demi persoalan bermain diminda. Itu hanya persoalan dari minda. Ada juga persoalan dari mereka. Persoalan yang sama dari mereka. Tapi dia masih mampu tersenyum dengam persoalan mereka yang kadang kala boleh mengusik jiwa. Dia biarkan, kerana dia tidak mahu mereka terlihat wajah dia yang sedih. Dia masih berusaha untuk membahagiakan mereka. Hanya kerana dia belum ada mereka pergi ke mereka yang lain untuk mengubat sunyi di hati. Bila mereka berbuat begitu dia menjadi serba salah. Dia tidak tahu mana hendak ditujunya. Kenapa mereka berbuat begini padanya? Apa salah dia? Dia hanya mampu menangis. Tapi tangisannya disertakan doa kepada Allah supaya diberikan apa yang boleh membahagiakan mereka. Dia tetap mengharapkan mereka faham akan isi hati dia. Dia ingin mereka tahu bahawa dia masih boleh bersabar hingga ke hari ini hanya kerana ingin membahagiakan mereka. Harapan dia agar mereka juga faham seperti dia. Biar dia sendiri yang pendam lara di hati demi membahagiakan mereka...
Friday, 27 January 2012
MEMORI
Bila hati masih mengingati. Mengingati kisah-kisah lampau. Kisah-kisah yang pernah menjengah kedalam peti ingatan. Ingatan yang ingin dihapuskan, kerana ia mengukir lara dihati.
Setiap yang terjadi di ingatan ingin dibetulkan semula, tetapi masa tidak boleh diputarkan semula kerana yang sudah adalah sudah. Tidak ada lagi yang boleh diperbetulkan. Biar ia menjadi ingatan walaupun ia susah untuk diterima.
Walaupun semakin dilupa ia semakin menjengah ke kotak ingatan, ia tidak dapat menghalang untuk peti memori menyimpan ingatan baru yang lebih indah. Ingatan lama dan pahit itu tetap tidak dapat dilupakan tetapi dengan ingatan baru yang indah dapat memberi sinaran baru.
Dengan ingatan yang baru dan indah hati menjadi tenang. Setenang air di tasik. Tiada kocakan dari ingatan yang pahit. Kerana hati mahukan ketenteraman.
Kata hati, biarlah ingatan pahit itu menjadi rahsia hati dan ingatan baru nan indah itu akan sentiasa menjadi memori untuk kehidupan yang akan datang...
Thursday, 26 January 2012
HATI DAN DIRI
Hati tidak pernah menipu diri. Tetapi diri sentiasa menipu hati. Kerana hanya keegoan yang melampau, diri menjadi penipu hati. Hati tahu bahawa dirinya sanggup lakukan apa saja untuk diri. Tetapi ego yang menghalang hati berbuat demikian. Hanya sebuah ketulusan dapat menyingkirkan ego dari terus memakan diri. Tapi itu perlukan keikhlasan dan ketegasan. Diri masih ragu-ragu dengan apa yang akan dilakukan. Diri amat menyayangi hati. Diri tidak mahu hati terluka apatah lagi tercalar. Tapi diri tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan hati. Diri masih ragu-ragu.
Hati menunggu diri dengan penuh jiwa dan raganya. Hati belum pernah menutup pintu untuk diri. Hati masih menunggu.
Tetapi diri masih mencari-cari apa yang perlu dilakukan untuk merapatkan hati dengan dirinya. Harapan hati hanya satu biar diri menjadi tegas dengan setiap apa yang dilakukan. Hati berharap diri dapat menyingkirkan ego dari perhububgan antara hati dan diri. Hubungan antara hati dan diri masih boleh diselamatkan dengan hanya bertindak tegas. Hati masih menunggu waktu itu. Kerana hati tidak akan meninggalkan diri...
Wednesday, 25 January 2012
KEHIDUPAN
Hah? Kemana menghilang? Hehehe... Dah hampir seminggu Princess demam. Kali ini demam betul-betul menguji diri dan kesabaran Princess... Bukan apa demam sekali dengan asma. Hmm... Memang sakit lah kan.
Macam biasa kalau demam sekali dengan asma memang perlu sangat-sangat untuk berjumpa dengan doktor. Dan seperti biasa juga bila dah berjumpa dengan doktor, doktor suruh sedut lah. Maksudnya, perlu sedut gas oksigen sekali dengan ubat. Bagi mereka-mereka yang sama penyakit seperti Princess pasti tahu.
Bila selesai sedut gas barulah terasa lapang semula dada ini. Sebelum sedut gas ini tak payah cerita lah azabnya macam mana. Memang mengerikan sedikit lah kan. Tapi, alhamdulillah Allah telah memberi jodoh yang baik untuk Princess. (Apa kena mengena ya) Bukan apa Princess bersyukur sangat sebab dikurniakan oleh Allah seorang suami yang tidak mementingkan diri sendiri. Selama Princess sakit Princess's Beloved Husband lah yang berjaga malam supaya Princess tidak rasa sakit sangat. Dia jugalah yang tolong urut dan sapu ubat semasa Princess rasa sesak nafas.
Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah kurniakan padaku suami sebaik dia, aku bersyukur dengan anugerah itu.
Sunday, 15 January 2012
BAHAGIA ITU MILIK KITA
KEMAAFAN
A TASTY CHOCOLATY
(Sumber dari Mr. Google)
Saturday, 14 January 2012
BERCAMPUR-CAMPUR...
Friday, 13 January 2012
KEGEMARAN SEKARANG...
KEBAHAGIAN YANG SELALU ADA
Bila semuanya perlukan penjelasan hanya kehidupan memberi pengajaran. Tidak semua kesusahan dapat diungkap dengan kata-kata dan tangisan. Hanya lirikan mata membolehkan diri tahu akan kecelaruan hati yang tidak menentu. Kesedihan, kesunyian dan kepedihan membuatkan seseorang itu matang dengan kehidupan yang penuh dengan liku-liku ranjau cerita hidup. Cerita hidup tidak pernah putus selama kita masih bernafas dibumi yang nyata ini. Semuanya kenyataan bukan mainan tidur atau khayalan. Bila kesedihan hati mula membiak maka kesenangan yang dirasai dulu hilang tanpa tanda. Hati menjadi mati tanpa meninggalkan sedikit kesenangan dan kebahagian. Tapi bila ada yang bijak menilai, bahagia dan kesenangan itu ada disebalik kesediahan dan kesunyian yang sentiasa menguasai kehidupan. Kehidupan yang dulunya gelap, terang semula dengan cahaya kebahagian. Walaupun kebahagian itu datang sekejap tetapi kehangatannya dapat dirasai seumur hidup. Tidak terbatas oleh waktu, kebahagian yang hakiki selalu ada bila kita memerlukan. Bila ada yang diperbodohkan dengan kebahagian palsu ia menjadi suatu kekejaman dari dalam diri dan ia menutup semula kebahagian yang ingin mula menyinari hidup. Kejujuran dan keikhlasan yang diharapkan menjadi suatu harapan yang tidak mungkin pasti. Bila ia terjadi hati menjadi gelap disisi yang lain. Membuatkan hati tidak ingin menerima kebahagian yang diimpikan selama ini. Semuanya seperti permainan hidup yang tiada keikhlasan dalan setiap langkah. Hanya mainan semata-mata. Bila hati ditipu dan dikecewakan sebegitu membuatkan hati berfikir untuk terus menjadi gelap dan tidak mahu menerima bahagia walaupun bahagia yang akan menjenguk itu adalah bahagia yang benar-benar ikhlas dan jujur. Semuanya hanya menjadikan hati beku tanpa menerima yang sejujurnya. Di suatu sisi yang lain, hati yang jujur dan ikhlas itu akan sentiasa menunggu hati yang gelap menjadi terang dengan keikhlasan yang ingin disuluhkan. Walaupun seringkali di tolak dan dipergunakan ia tidak menjadi suatu kekecewaan bagi hati yang jujur kerana dia tahu suatu hari nanti ia akan membuka hatinya untuk disuluh dengan keikhlasan dan kejujurannya. Dan bila hari itu datang ia akan membuahkan kebahagian yang kekal abadi. Semuanya hanya dengan kuasa Yang Maha Esa.
Thursday, 12 January 2012
ANTARA POLIS DAN FESYEN DESIGNER
(Sumber dari image Mr. Google)
Wednesday, 11 January 2012
BLING-BLING WITH ME - PRINCESS
CEMBURU KOT...
Pada Princess bila seseorang wanita itu mengandung ia adalah suatu anugerah bagi mereka. Anugerah yang tidak ternilai harganya. Lagi, bila kita mengandung banyak kelebihannya yang Allah beri pada kita sebagai seorang ibu mengandung. Okay Princess nak kongsi kelebihan-kelebihan itu ye :-
(Sumber dari Mr. Facebook & Mr. Google)
1. 2 rakaat solat wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat wanita tidak hamil.
2. Wanita yang hamil mendapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat pada malam hari.
3. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa setiap kesakitan 1 uratnya.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.
5. Mendapat 1 pahala setiap titik susu yang diberikan pada bayinya.
6. Wanita yang cukup 2 setengah tahun menyusukan anaknya, maka malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga adalah wajib baginya.
7. Seorang ibu yang mengorbankan waktu tidur yang selesa untuk menjaga anaknya yang sakit akan memperolehi pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
ALLAHUAKBAR... Besarnya ganjaran yang Allah berikan pada ibu-ibu yang mengandung. Sebab itu lah Princess berkobar-kobar sangat nak mengandung. Sifat keibuan tu dah melonjak-lonjak. Jika rezeki itu ada Princess lah orang yang pertama yang akan gembira dan bersyukur sangat-sangat, sebab Princess telah ke tahap yang seterusnya dalam hidup ini selepas menjadi seorang anak dan juga seorang isteri. InsyaAllah jika doa ini diperkenan oleh-Nya. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan sentiasa berdoa kepada-Nya, selebihnya biarkan Allah sahaja yang susun dan rancang kerana rancangan dan susunan hidup kita hanya Dia yang maha Esa saja tahu. ALLAH Maha Mengetahui...
Tuesday, 10 January 2012
WE ARE BFF
Sunday, 8 January 2012
BILA ADA YANG TAK PUAS HATI, RASA SAKIT HATI
Bila ada yang tak pernah nak puas hati ini lah jadinya. Jadi stalker kat sana sini. Boleh??? Sakit hati la kita bila ada yang kononnya suruh rakan-rakan yang lain "be friend" kita kat FB dan report semua aktiviti kita kat orang yang kononnya nak jadi musuh kita. Hoh, boleh??? Sakit tu... Yang kita pulak boleh tahan sengalnya, dah lama dia tu jadi kawan kita baru sekarang perasan yang dia adalah kawan kepada "enemy to be" kita tu. Baru perasan bila kita saja-saja jalan-jalan kat "Page FB" dia. And then ternampak dia post kat kawan dia punya page pasal aktiviti kita, apa yang kita tulis-tulis tentang "enemy to be" kita tu. Huh... Manusia, manusia... Apa nak jadi? Tak apa lah. Biarkan dia bahagia dengan cara dia yang suka cari sakit hati tu... Tak kuasa mak nak layan nyah...
Sunday, 1 January 2012
KISAH PRINCESS DAN GUESS
TAHUN BARU INI....
Bagi Princess tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan dan memori yang akan sentiasa diingati. Bila bercerita tentang tahun baru pasti ramai yang tidak ingin mengingati kisah bagi tahun-tahun lalu. Tapi bagi Princess tahun-tahun sudah mengajar kita erti kehidupan supaya menjadi seorang insan yang matang pada tahun-tahun akan datang. InsyaAllah...
Sedikit coretan sepanjang tahun 2011 seorang Princess :
- Dengan bantuan seorang rakan, kebetulan di tempat kerja rakan tersebut ada jawatan kosong yang perlu diisi dengan segera. Princess mula bekerja selepas berkahwin. Alhamdulillah... Rezeki Allah. Segala macam dugaan semasa bekerja dari seronok membawa ke tekanan. Alhamdulillah Princess boleh menghadapi segala tekanan itu. Tempat kerja yang menyeronokkan walaupun ada segelintir rakan sepejabat yang banyak kerenah. Biasalah, ragam pekerja lama mestilah nak tunjuk belang pada pekerja baru atau junior. Tapi itu semua sekejap sahaja bila Princess letak jawatan as a customer service atas kehendak suami. maaf pada Encik Bos sebab saya berhenti atas sebab ITU... Harap Encik Bos faham...
- Merupakan tahun pertama Princess dan Princess's Beloved Husband celebrate our first anniversary. Tersangat-sangat teruja untuk menyambutnya bersama Princess's beloved husband. Princess menghargai hari itu sehingga hari ini walaupun menyambutnya dengan sederhana. Memory with the beloved is the best memory ever.
-Tahun ini juga membawa kepada kesedihan, kepedihan dan kecemburuan hati Princess pada rakan-rakan Princess. Bukan semua rakan-rakan tapi hanya pada segelintir. Segelintir yang telah mendapat rezeki lebih dulu dari Princess. Rezeki yang sentiasa diingini oleh semua suami dan isteri di dunia ini setelah mereka berkahwin. iaitu rezeki cahaya mata. Bukan Princess menidakkan rezeki yang Allah beri tapi, hati wanita mana yang tidak penasaran jika melihat rakan-rakan dan saudara-mara yang lain terlebih dahulu dapat menimang cahaya mata. Sungguh perit hati ini bila mana pada tahun ini sentiasa mendengar perkhabaran ramai raka-rakan dan saudara terdekat menimang cahaya mata. Mengalir air mata ini setiap kali mendengar perkhabaran itu. Sentias bersabar. InsyaAllah selagi adanya kesabaran dihati Princess akan setia untuk bersabar.
- Pada tahun ini merupakan tahun terakhir Princess dan Princess's Beloved Husband berada di Klang. Princess sudah berpindah dari Klang ke Melaka. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah. Ketika rumah ayah dan ibu terlalu sunyi tanpa gelak tawa kami Princess sekeluarga berpindah ke teratak bahagia ini. Alhamdulillah... Sekarang Princess dan Princess's Beloved Husband adalah penyeri bagi rumah ini.
Itulah sedikit sebanyak coretan tahun 2011 seorang Princess...
Salam tahun baru 2012...