Friday, 13 January 2012

KEBAHAGIAN YANG SELALU ADA

Ketika hati dipenuhi dengan kesedihan...
Bila semuanya perlukan penjelasan hanya kehidupan memberi pengajaran. Tidak semua kesusahan dapat diungkap dengan kata-kata dan tangisan. Hanya lirikan mata membolehkan diri tahu akan kecelaruan hati yang tidak menentu. Kesedihan, kesunyian dan kepedihan membuatkan seseorang itu matang dengan kehidupan yang penuh dengan liku-liku ranjau cerita hidup. Cerita hidup tidak pernah putus selama kita masih bernafas dibumi yang nyata ini. Semuanya kenyataan bukan mainan tidur atau khayalan. Bila kesedihan hati mula membiak maka kesenangan yang dirasai dulu hilang tanpa tanda. Hati menjadi mati tanpa meninggalkan sedikit kesenangan dan kebahagian. Tapi bila ada yang bijak menilai, bahagia dan kesenangan itu ada disebalik kesediahan dan kesunyian yang sentiasa menguasai kehidupan. Kehidupan yang dulunya gelap, terang semula dengan cahaya kebahagian. Walaupun kebahagian itu datang sekejap tetapi kehangatannya dapat dirasai seumur hidup. Tidak terbatas oleh waktu, kebahagian yang hakiki selalu ada bila kita memerlukan. Bila ada yang diperbodohkan dengan kebahagian palsu ia menjadi suatu kekejaman dari dalam diri dan ia menutup semula kebahagian yang ingin mula menyinari hidup. Kejujuran dan keikhlasan yang diharapkan menjadi suatu harapan yang tidak mungkin pasti. Bila ia terjadi hati menjadi gelap disisi yang lain. Membuatkan hati tidak ingin menerima kebahagian yang diimpikan selama ini. Semuanya seperti permainan hidup yang tiada keikhlasan dalan setiap langkah. Hanya mainan semata-mata. Bila hati ditipu dan dikecewakan sebegitu membuatkan hati berfikir untuk terus menjadi gelap dan tidak mahu menerima bahagia walaupun bahagia yang akan menjenguk itu adalah bahagia yang benar-benar ikhlas dan jujur. Semuanya hanya menjadikan hati beku tanpa menerima yang sejujurnya. Di suatu sisi yang lain, hati yang jujur dan ikhlas itu akan sentiasa menunggu hati yang gelap menjadi terang dengan keikhlasan yang ingin disuluhkan. Walaupun seringkali di tolak dan dipergunakan ia tidak menjadi suatu kekecewaan bagi hati yang jujur kerana dia tahu suatu hari nanti ia akan membuka hatinya untuk disuluh dengan keikhlasan dan kejujurannya. Dan bila hari itu datang ia akan membuahkan kebahagian yang kekal abadi. Semuanya hanya dengan kuasa Yang Maha Esa.

No comments: