Sunday, 15 January 2012

KEMAAFAN

Setiap kesalahan yang dilakukan pada seseorang pasti akan ada kemaafannya. Tapi jika kesalahan yang melibatkan hati dan perasaan apakah ia dapat dimaafkan? Tanpa kemaafan tiada kedamaian di dalam hati. Tapi jika kesalahan yang dilakukan itu terlalu pedih untuk diterima, terlalu perit untuk ditelan adakah ia dapat dimaafkan hanya dengan menyatakan maaf. Setiap manusia ada pandangan hidupnya sendiri. Jika ia terlalu perit untuk dimaafkan mungkin ia akan bertukar kepada dendam yang tak sudah. Bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri. Ada sesetengah individu yang telah dimaafkan tetapi kesalahan yang sama dilakukan semula. Kesalahan itu dimaafkan semula dan ia menjadi suatu kisah lama dan biar ia berlalu pergi. Dan suatu masa lagi ia melakukan kesalahan yang sama dan tidak pernah serik. Adakah itu boleh dimaafkan? Jika kesalahan yang sama berulang lagi dan lagi. Kesalahan seperti itu hanya menjadi duri yang sentiasa menusuk di hati. Setiap kali ia dikeluarkan masa yang lain akan tertusuk kembali. Ia mungkin tidak adil pada pihak yang satu lagi. Tapi ianya tidak menjadi suatu masalah pada pihak itu kerana ia rencah dalam kehidupan. Tetapi lukanya tetap menjadi parut dalam hati. Walaupun ia perit ia tetap mahu menelannya.
Dengan kemaafan yang ikhlas pasti kesalahan yang sama tidak akan berulang semula....

No comments: