Ramai yang mungkin tidak puas hati dengan BLOG
Princess ini kan. Kenapa ya? Baiklah, biar
Princess sendiri yang beri jawapan kenapa ada ketidakpuashatian dalam membaca BLOG
Princess. Sebabnya mungkin BLOG
Princess ini adalah BLOG rojak boleh dikatakan. Kenapa? Pada pandangan
Princess, jika sesuatu BLOG itu hanya menampilkan fakta semata-mata ia mungkin dikenali sebagai BLOG yang berfalsafah. Jika ada pula BLOG yang hanya memaparkan entry-entry yang lawak sahaja ia boleh dikatakan BLOG yang kelakar pada mata umum. Tapi kenapa BLOG
Princess ini kadang-kadang ada entry berunsur jiwang lah kot, dan kadang-kala entry yang berunsur diri sendiri dan ada kala memaparkan entry yang memuatkan info-info yang
Princess ingin sampaikan dan kongsi. Beginilah, ingin
Princess katakan. Ini adalah
BLOG KISAH SI PRINCESS. Jadi tidak mustahil semua entry-entry didalamnya adalah kisah yang pernah dan telah terjadi pada
Princess. Jadi apa yang
Princess ingin sampaikan dalam BLOG ini adalah, tentang diri
Princess atau tentang kehidupan
Princess dan apa yang
Princess ingin kongsi bersama pembaca-pembaca semua.
Princess tak kisah ada yang menyukai atau pun tidak. Pada
Princess semua BLOG ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bila kita menjadi pembaca jadilah pembaca yang jujur. Jangan ada yang mengutuk bila suatu BLOG itu mempunyai kelemahan yang tersendiri. Biarlah ia menjadi rahsia kita sebagai pembaca. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Hanya luahan hati yang telah lama tersimpan.
Tidak terletak pada satu perkara, banyak lagi perkara ingin dikongsi...
No comments:
Post a Comment