Monday, 5 March 2012

APA KAMI MAKAN???

Our lunch and dinner hari ini Princess and Princess's Beloved Husband masak Ayam Percik Terengganu. Apa yang best? Memang berbeza dengan ayam percik yang biasa kita lihat di pasar malam atau pasar minggu. Biasanya ayam percik yang ada di pasar malam itu akan deperap dengan rempah bagai dan dibakar. Selepas dibakar barulah disira atau diletakkan kuahnya. Betul tak?

Lain pula dengan cara penyediaan ayam percik Terengganu. Ayam akan dibakar untuk membuang air yang ada didalam daging ayam kemudia selepas ayam agak kering angkat dari pemanggang dan siramkan dengan kuah santan yang telah dimasak. Setelah disiram dengan kuah letak kembali diatas pemanggang dan bakar hingga kering atau kuah tadi meresap kedalam ayam. Kemudian setelah kuah di ayam agak kering angkat kembali dan siram semula dengan kuah santan. Ulang semua langkah tadi sehingga ayam masak.

Cara penyediaan memang rumit tapi berbalaoi tau. Hari ini lauk hanya ini saja. Itupun sudah memadai.


Ayam Percik Terengganu, Budu dan Timun.


Tadaa... Inilah Ayam Percik Terengganu itu. 
Selesai bakar lebihan kuah tadi dijadikan kuah untuk ayam.
Rasa a little bit manis dan terasa herba sebab letak serai dan halba.


Budu okay. Tak sah makan kalau tak ada BUDU...
Kata kawin dengan orang Terengganu mestilah pandai makan BUDU ye tak?
Sebenarnya sebelum Princess kenal dengan Princess's Beloved Husband lagi Princess dah pandai makan BUDU.
Walaupun makan BUDU tapi title Princess tak jatuh tau.

InsyaAllah jika ada request untuk resepi Ayam Percik Terengganu Princess akan buat entry-nya okay.
Selamat menjamu mata...

No comments: