Friday, 9 March 2012

TAK ADA MASA KE???

Memang tak ada masa. Kenapa? Dengan baju yang berlambak-lambak nak dijahit memang tak ada masa sangat nak update Blog. Boleh...  Bukan apa, setiap hari ada saja mak cik-mak cik yang ketuk pintu untuk hantar baju. Kadang-kala rasa menyesal pula ambil semua baju-baju untuk jahitan manik. Tapi disebabka minat dan rasa ingin membantu mencantikkan wanita hanya dengan pakaian membuatkan Princess semakin berkobar-kobar untuk teruskan perniagaan ini. (Perniagaan ke???) Heheh...

Alhamdulillah rezeki yang Allah beri memang menakjubkan. Bersyukur sangat sebab dilimpahkan rezeki yang banyak. Alhamdulillah. Kadang-kala kalau dah rasa bosan sangat menghadap baju, Princess letak ketepi dulu baju dan mula buka laptop dan jalan-jalan di Blog kawan-kawan. Hilang sikit stress di kepala.
Stress woo jahit manik. Kadang-kala ada customer nak jahitan manik yang sarat pada baju. Ada juga hantar hari ini nak esok. Boleh... Lagi bercinta kalau ada customer yang suruh jahit manik tabur. Itu memang bercinta nak menyiapkannya.

Tapi berkat keikhlasan Princess semua itu mungkin tak jadi masalah. Alhamdulillah mempunyai seorang Husband yang memahami. Terima kasih Sayang. Leb u lah...

P/S : Kalau nak tempah jahit manik sila PM Princess okay. princess_ns_1020@yahoo.com.my
Harga yang berpatutan akan diberikan kepada anda.



No comments: