Penting sangat ke sehingga ada yang bertanya Princess:
"Tak menyesal ke rupa Husband kau mcm tu?"
Princess tanya balik
"Menyesal macam mana tu? Perlu ke menyesal?"
Nak tahu apa mereka cakap...
"Ya lah, Husband kau kan tak hensem, kulit pulak gelap. Tak rasa apa-apa ke?"
Okay... Boleh kau tanya macam itu.
Princess jawab balik.
"Kalau kau macam dia apa orang akan cakap tentang kau? Kau rasa apa? Kau patut rasa malu ke? Tak kan? Macam ini lah, kita sebagai manusia kena bersyukur dengan setiap apa yang telah dikurniakan pada kita. Tak perlu membandingkan antara satu sama lain. Tak perlu rasa malu dengan rupa kita. Dekat akhirat nanti bukannya rupa kita yang ditimbang tapi sebanyak mana amalan kita."
Lepas jawab macam itu Princess tinggal bodoh je dia dekat situ.
Apa perasaan korang bila ada yang membandingkan rupa paras seseorang?
Bagi Princess. Buruk ke, kacak ke itu semua tak penting untuk Princess. Yang penting bagi Princess adalah hati dan imannya. Itu yang penting.
Begitu juga dengan kasih sayang Princess terhadap Princess's Beloved Husband. Princess tak pernah mengharapkan rupa paras yang kacak untuk dijadikan suami. Dan juga tidak mengharapkan duit yang banyak sebagai kebahagiaan hidup. Tapi hati yang ikhlas dan taatnya diri kepada Allah adalah harapan Princess pada seorang lelaki.
Alhamdulillah, Allah telah kurniakan lelaki itu kepada Princess. Dan Princess sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan lelaki itu.
Walaupun Princess's Beloved Husband tidak terlalu hensem tapi pada Princess, Princess's Beloved Husband lebih kacak dari semua lelaki yang ada didunia ini. Kenapa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana dia adalah suamiku...
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment