Dua tiga hari ini suka berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Bukan apa nak lihat tempat yang sesuai untuk dijadikan rancangan Malaysia... Eh bukan, dijadikan rancangan untuk pergi bercuti. Holiday dalam Malaysia saja. Tak payah nak keluar negeri sangat. Malaysia pun tak habis teroka lagi kan. Jadi, bila jalan-jalan blog kawan-kawan tu sambil-sambil bacalah journey mereka yang pernah bercuti di tempat-tempat tertentu. Seronok rasa baca catatan journey mereka. Banyak sangat pilihan tempat untuk bercuti.
Ada yang pergi ke Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Cherating, Cameron Highland dan sebagainya. Semua tempat menarik. Rasa nak pergi saja tempat-tempat itu sekali gus. Tapi dengan bajet yang ala-ala turun naik ini mungkin hanya boleh pergi ke dua tiga tempat sahaja rasanya.
Masih dalam perancangan Princess dan Princess's Beloved Husband.
Jika ada yang sedia kongsi pendapat mungkin itu akan membantu Princess.
Pada Princess....
Biar percutian yang sederhana tapi penuh dengan keindahan dan memori.
No comments:
Post a Comment