Friday 23 March 2012

JIRAN KE??? ------ (PART 2)

Assalammualikum alls...

Haa... Pagi-pagi lagi dah buat entry kan.

Okay, entry lepas cerita mengenai jiran sebelah rumah yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM!!!

Sekarang ini nak cerita mengenai jiran sebelah rumah juga, tetapi berbangsa India.

Wahaha... Dah boleh buat jiran 1 Malaysia ini... Hehehe...

Jiran berbangsa India ini ramai anak. Ada dalam 8 atau 9 orang semuanya. Ramaikan? Nak tahu kenapa? Sebab suami dia simpan perempuan simpanan dalam rumah. Pelikkan? (Ini dah jadi kes mengumpat dah ini. Astaghfirullahalazim...)

Okay, bukan nak mengumpat pasal dia tapi nak beri tahu keadaan rumah yang terlalu bising you alls...

Sebab itu Princess rasa macam nak duduk dalam hutan. Aman rasa...

Ini tak, setiap pagi sebelum pergi sekolah mereka akan bising dulu. Yang si mak akan menjerit pada anak, yang si anak-anaknya akan menjerit antara satu sama lain. Bayangkanlah. Begitu ramai anak mereka dan menjerit pada masa yang sama. Rasa seperti berada di perang dunia alls... Wahahaha... Tension alls...

Itu baru pagi. Belum part balik sekolah, cuti sekolah, waktu petang. Wah... Tension lagi!

Kadang-kadang bila diorang buat bising rasa nak pergi report je pada polis mengatakan ada PENCEMARAN BUNYI di kawasan rumah Princess. Boleh?

Disebabkan Princess ini seorang jiran yang baik, "Ku tahan juga Jebat." Wahahaha... (Apa kena mengena entah jebat dalam ceritera ini. Wink...)

Walaupun Princess tak pandai bercampur atau beramah mesra dengan jiran-jiran tapi Princess tak pernah kacau hidup mereka. Bila mereka memerlukan pertolongan, Alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga sedia untuk memberi pertolongan.

Bila mana mereka bising, Alhamdulillah Princess sekeluarga tak pernah sesekali sound mereka.

Susah nak dapat jiran maca Princess... (Riak disitu... Wahahaha)

Jadi kepada jiran-jiran Princess yang sangat-sangat dihormati, pandanglah kepada jiran anda yang baik ini. Sesungguhnya untuk menghormatinya adalah suatu kebaikan yang telah anda lakukan... (Baik sangat ke jiran korang ni. Wahaha)

Kepada korang semua pula, jangan sombong-sombong pada jiran ya. Tak kira lah jiran sebelah menyebelah ke, belakang rumah ke atau depan rumah ataupun satu taman atau satu kampung. Janganlah sombong pada mereka. Biar mereka buat jahat pada kita, kita pula jangan balas dengan kejahatan tapi dengan SENYUMAN...

Senyum... Tak perlu kata apa-apa...

SENYUM!!!

WAHAHAHA... Sewel dah... Wink.



Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: