Hari ini rasa semangat sikit nak bangun pagi. Semalam bukan main bertungkus lumus lagi nak menyiapkan baju seorang mak cik itu.
Okay... Okay...
Sekarang ini Princess tak nak bercerita mengenai tempahan menjahit manik tapi Princess nak cerita mengenai panggilan telefon semalam. Apa terjadi semalam??? Wahahaha...
Okay, semalam mak mertua Princess call. Katanya nak datang. Sebenarnya, hari ini dah masuk 5 hari mak mertua and ayah mertua Princess ada di Melaka. Mereka tidur di rumah kakak ipar Princess. Hari isnin lepas Princess ada juga pergi rumah kakak ipar itu untuk jumpa mak and ayah mertua Princess. Ada juga mereka kata nak datang rumah Princess tapi tak tahu sempat atau tak.
Jadi hari ini, jika diizinkan Allah sampailah mereka ke rumah Princess.
Tapi yang Princess kalut sangat ini sebenarnya sedang mencari idea ubtuk memasak untuk dihidangkan kepada mereka.
Macam ini lah Princess. Asal nak memasak saja mesti kena fikir dulu. Tak fikir tak boleh kot. Huhuhu...
Okaylah, nanti Princess update lagi okay. Nak kemas apa yamg patut.
Tata alls...
P/S : Nanti ada masa Princess nak update harga tempahan manik okay...
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment