Friday, 23 March 2012

JIRAN KE???

Assalammualaikum alls...

Hari ini nak kongsi satu kisah hidup. Kisah hidup ke? Wahahah... Boleh lah...

Okay, semenjak dua menjak ini rasa sedikit kecewa dengan orang sebelah menyebelah ini. Nak tahu tak kenapa?

Almaklum hidup berjiran, harap masing-masing pandai untuk hidup berjiran. Tapi ada masa rasa nak duduk dalam hutan saja bila dapat jiran-jiran yang begini dan begitu.

Alkisahnya... Satu hari, kereta Princess's Beloved Husband rosak. Start banyak kali tak boleh hidup. Puas dah cuba. Jadi ingat nak cari jumper untuk hidupkan kereta. Hidup untuk sampai bengkel pun jadilah. So dengan muka tak berapa nak malu ini bagi salam pada jiran sebelah rumah ini. Keluarlah pasangan itu. Cakaplah pasal masalah kereta itu. Muka macam berat saja nak beri pertolongan, tapi hati ini tetap tak nak fikir macam itu sebab nasiblah dia nak tolong.

Okay, itu awal bulan hari itu. Jadi, tadi kereta buat hal lagi. So dengan muka yang tak berapa nak malu minta lah sekali lagi pertolongan. Nak tahu tak apa jiran itu kata.

"Kereta baru basuhlah. Takut pulak nak bawa keluar."

Okay boleh???

Kami pun rasa macam nak terjun longkang depan rumah je.

Princess's Beloved Husband kata "Tak apalah, mungkin sekali itu saja kita minta tolong pada dia. Tapi ingatkan ya, bila dia minta tolong pada kita cepat-cepat bagi tahu tau. Walaupun tengah kerja kita sanggup balik. Biar dia terasa sikit. Biar dia buat pada kita tapi kita jangan balas pada dia."

Itu jiran sebelah rumah berbangsa melayu dan beragama ISLAM!!!

Tapi jiran depan rumah yang berbangsa cina dan bukan beragama islam dengan rela dan ikhlas hatinya memberi pertolongan bila mana kami ini buntu dan tak tahu pada siapa untuk meminta bantuan. Ikhlasnya jiran yang berbangsa cina itu, siap offer untuk panggil rakannya yang kebetulan ada syarikat toe trak untuk tarik kereta dari rumah ke bengkel yang berdekatan. Sampai macam itu sekali!!!

Tapi jiran sebelah yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM itu.... Apa terjadi???

Hmm... Bila ada jiran yang macam itu rasa serba salah pula nak minta pertolongan walupun pertolongan itu kecil. Ya lah. Walaupun jiran itu bukan saudara mara kita tapi bila susah dan terdesak jiran itu juga yang akan kita cari satu hari nanti.

Semoga Allah memberi petunjuk dan memaafkan mereka berdua itu. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: