Lagi beberapa minit saja lagi nak tahun baru...
InsyaAllah tahun akan datang ini akan memberi seribu satu kenangan yang lebih baik lagi...
Tahun yang ditinggalkan akan menjadi memori yang paling indah dalam hidup...
Banyak suka dan duka...
Banyak gembira dan sedih...
Banyak ketawa dan tangis...
Walaupun ada pelbagai perasaan dan rasa...
Tapi tak akan dilupa...
Bukan sekadar sebuah kenangan tetapi pengalaman...
Semoga tahun akan datang memberi seribu satu makna....
Selamat Tahun baru 2013 alls....
Monday, 31 December 2012
LAST ENTRY UNTUK TAHUN INI - 2012 KE 2013
FAMILY DAY OUT - BERSAMA SEPUPU MENGHABISKAN MASA
Maklumlah jarang jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja, belajar dan sekolah...
Tapi yang sekali sekala jumpa tu lah yang paling best!!!
Aimi and Nina
Aiman and Uda (adik Princess)
Aiman and Uda again.
Nina
Aimi, Nina and Princess.
They are...
Bila dah berjumpa memang gila lah jadinya.
Malam tu kami keluar pulak.
Pergi Angsana. nak main bowling katanya...
Ikutkan je la budak-budak tu.
Sebelum main bowling haruslah makan dulu.
Kami main bowling 2 round setiap sorang...
Ala bukan pandai main pun masing-masing.Cuma nak habiskan waktu bersama je.
Aiman dan skill nya...
Kami bertiga...
Aimi, Princess dan Nina.
Kami lagi...
Aimi dengan skill yang kononnya...
Nina...
Aimi...
Mereka berdua ni memang tak boleh tengok kamera.
Round pertama...
Round kedua...
Ahahah....
Lambat kan.
Sebelum balik haruslah bergambar dulu...
As usual...
Aimi, Nina, Princess dan Aiman.
Aimi, Nina, Princess dan Aiman.
Over nya I posing...
Again
Aimi, Princess, Nina dan Aiman.
Kami bertiga pulak.
Aimi, Princess dan Nina.
Habis bergambar je kami terus balik. Penat wooo....
Esoknya pulak nak prepare untuk majlis kahwin untuk hari Sabtu.
Hari yang hebat untuk bersama dengan sepupu...
Next entry tu untuk tahun depan la okay...
Tata all...
JONKER WALK, MELAKA
Malam tu sekali lagi kami tak reti duk diam.
Jadi kami berempat jalan-jalan cari pasal lagi sampailah kaki masing-masing sakit yang teramat lah sakit...
Ahahah...
Jonker Walk ni boleh dikatakan tempat yang santai dan penuh dengan warna-warni budaya orang Melaka..
Majoriti peniaga adalah kaum cina.
Okay jom tengok apa yang menarik kat Jonker Walk ni...
Jangan risau Princess akan ceritakan apa yang menarik untuk korang SHOPPING!!!
SElamat datang ke Jonker Walk Melaka!!!
Laluan nak masuk ke Jonker Walk ada NAGA!!!
Bersebelahan dengan Jonker Walk tu ada Hard Rock Cafe yo...
Masa kami tiba tu dah tutup sebab dah pukul 11.00 malam.
Bersebelahan saja dengan Hard Rock Cafe ada hotel yang sangat cantik senibina nya...
Barangan antik pun ada dijual kat sini.
Banyak sangat cenderahati dari kayu yang korang boleh beli kat sini.
Semuanya comel-comel.
Kepada yang minat sangat dengan fridge magnets inilah tempatnya.
Macam-macam bentuk ada. tapi yang memikat hati Princess adalah frigde magnets yang berbentuk baju kebaya dan terompah. Sweet dan comel sangat!!!
Sorry sebab gambar ni tak berapa nak terang...
Nampak lukisan kat belakang tu. Cantik okay.
Harga pulak tak la mahal mana.
Mampu milik la senang kata...
Oh, terompah pun banyak dijual kat sini.
Mestilah kan kata bandar warisan.
Harga pun murah-murah dan macam-macam gaya ada.
Baju-baju kat sini pun cantik-cantik. Harga pun murah.
Sapa yang gila SHOPPING macam Princess ni habis duit kat sini je la.
Yeay!!! Kami di Jonker Walk...
Sebenarnya Princess's Beloved Husband dah penat.
Uhuhu...
Taman Warisan Dunia Jonker Walk!!!
Okay... itu je nak cerita tentang apa yang menarik kat Jonker Walk ni.
Sebenarnya banyak yang menarik kat Jonker Walk ni tapi tak sempat Princess nak snap gambar banyak-banyak. Memandangkan tempat tu penuh sesak dengan orang...
Ehehehe...
Jumpa dilain entry...
MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT
22/12/2012 yang lepas kami iaitu Princess, Princess's Beloved Husband dan sepupu Princess's Beloved Husband pergi ke Melaka Wonderland theme Park & Resort...
Tempat yang sesuai untuk bermandi-manda dan bersantai bersama keluarga...
Sebenarnya ni first time Princess pergi Melaka Wonderland ni walaupun Princess dah lama duk kat Melaka. Malunya bila orang tanya macam mana rupa tempat tu. Ohohoho....
So sekarang dah tak malu lagi. Kalau orang mintak tunjuk jalan pun Princess tak malu mana.
Oh ya. Melaka Wonderland ni jalan masuk dia berhadapan dengan Zoo Melaka. Kalau korang masuk dari tol Ayer Keroh senang je jumpa. Laluan nak masuk bersebelahan dengan Taman Buaya.
Ahah.. Senang je nak jumpa sebab dari tol Ayer Keroh pun dah ada signboard penunjuk arah.
Kami pergi pun dah petang dalam pukul 2.00 petang macam tu. Cuaca tak lah panas sangat tapi okaylah. Nak kata mendung pun tak juga. Dalam pukul 5.30 petang baru mendung dan hujan..
Okaylah jom layan gambar. Tak lah banyak sangat gambar yang di'snap' tapi boleh lah kalau nak buat kenangan.. Uhuhuhu...
Yeay!!! Dah sampai Wonderland...
Pintu gerbang
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Saja nak tunjuk tiket kat korang. Ohoho...
Harga bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti am adalah RM30.00 untuk dewasa, RM25.00 untuk kanak-kanak dan RM15.00 untuk warga emas 55 tahun keatas.
Harga bagi hari biasa (Selasa hingga Khamis) pula RM26.00 untuk dewasa, RM20 untuk kanak-kanak dan RM15.00 untuk warga emas 55 tahun keatas.
Ditutup pada hari Isnin kecuali cuti am...
Tiket kami!!!
Ini lah pasangan pengantin a.k.a sepupu Princess's Beloved Husband.
Layankan mereka ambil gambar...
Antara permainan air yang disediakan di Melaka Wonderland...
Dalam pukul 6.30 petang baru kami keluar dari air.. Ahahah... Sadis tak..
Biasalah kalau nampak air kami suka berendam sampai kecut..
Kami keluar dari Melaka Wonderland pun tengah-tengah hujan.. Hujan yang teramat lah lebat...
tapi tetap redho kau sebab excited sangat kan.. Ahahha...
Malam tu kami berjalan lagi... Tapi itu cerita lain entry okay..
Nanti Princess cerita okay...
Labels:
Kisah Melancong,
MELAKA
Subscribe to:
Posts (Atom)