Assalamualaikum alls...
Apa yang akan Princess kongsikan adalah sebahagian pengalaman dari usia perkahwinan yang baru dua tahun jagung ini....
Jika anda rasa saya tak layak untuk bercakap tentang perkara ini sila nyatakan. Saya sedia terima teguran dari anda. Jika anda berhati baik sila baca entry ini sehingga anda puas...
(Okay melalut sekejap... Memang mulut ni suka cakap benda yang tak penting je... Abai kan saja ye.)
Ingin berkongsi sedikit tips walaupun tak hebat mana pun...
Apa yang perlu ada?? Sebenarnya anda sentiasa ada jawapannya...
Perkara yang perlu diambil kira :
KEPERCAYAAN...
Oh, ini adalah sangat-sangat penting dan perlu dititik beratkan dalam setiap perhubungan. Tidak kira la hubungan percintaan, kekeluargaan dan juga persahabatan. Kenapa? Sebab dengan kepercayaan dan percaya sesama sendiri akan membuatkan sesebuah hubungan itu menjadi indah. Supaya tiada persengketaan tentang perkara yang remeh-temeh. Jika kepercayaan itu ada insyaAllah hubungan itu akan berjalan dengan lancar. Tapi dalam mempercayai sesuatu perkara atau seseorang perlu ada batasannya supaya tiada kecelaruan pandangan dan tiada perbezaan pendapat.
BERTERUS TERANG...
Ini juga penting supaya apa yang terjadi kelak tidak akan dipersoalkan. Tidak mahu terjadinya pembohongan antara kedua belah pihak. Juga perlu untuk tiada cerita yang akan ditokok tambah oleh orang lain jika suatu hari nanti akan timbul semula perkara tersebut. Dalam hubungan perkahwinan ni memang bukan semua perkara yang diceritakan akan membuatkan pasangan kita gembira tapi biar dia tahu kisah silam kita dan juga biar dia tahu apa yang pernah berlaku kepada diri kita. Supaya suatu hari bila orang bercerita tentang masa lalu kita pada pasangan kita, dia sudah tahu cerita sebenarnya.
JANGAN MUDAH MELENTING...
Sifat ini perlu ada dalam diri setiap manusia. Perlu untuk menenangkan diri bila terjadinya sesuatu. Bila kita marah memang kita akan cakap yang bukan-bukan. Tapi sedarkah kita apabila kita sedang memarahi pasangan itu sedikit sebanyak kita telah mengguris perasaan dia. Walaupun dia diam tanpa berkata apa-apa. Cuba bertenang dan tanyakan sebabnya. Jika perkara itu perkara kecil selesaikan dengan segera. Tapi jika perkara besar selesaikan dengan perlahan-lahan dengan cara berbincang dan bersemuka dengan cara elok bukan dengan memaki hamun.
Itu sajalah yang Princess boleh kongsi. Tapi janganlah anggap Princess ni pandai sangat sebab Princess pun masih bertatih untuk menjadi seorang pasangan yang baik buat Princess's Beloved Husband. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment