Eceh...!
Tajuk nak jiwang jer kau. Okay nak cerita sikit dengan korang kenapa Princess suka dengan bulan ini (Disember). Banyak kot kenangan-kenangan cinta di sepanjang bulan yang indah ni. Huhuhu...
Firstly, sebab birthday Princess's Beloved Husband yang jatuh pada 10 Disember. Dan birthday Princess pula pada 20 Disember.
Ahah... Tarikh yang sungguh cantik untuk kedua-dua kami. Tak sangkakan. Dalam tarikh yang cantik itu kami bertemu jodoh. Siapa sangka, kerana itu rahsia Allah.
Dan menariknya lagi pada 19 Disember 2006 first time kami ber'dating'. Owh... Malu I.
Pada mulanya kami rancang nak keluar pada tarikh birthday Princess. Tapi disebabkan hal-hal lain jadi kami keluar sehari sebelum birthday Princess. Ye la, mula-mula ingat nak sambut birthday Princess tapi disebabkan hal-hal itu kami anjakkan sehari.
Dan pada malam 20 Disember 2006 tu....... Hehehehe...
Kami start bercinta lah kononnya. Tapi kami tak anggap pun kami bercinta. Kami anggap sebagai teman tapi sayang... Hah boleh...?
Sekarang ni dah 6 tahun kami ber'CINTA'.
Termasuk 2 tahun kami berkahwin.
Alhamdulillah. Berkat kesabaran Princess's Beloved Husband dok berulang dari Klang ke Melaka selama 4 tahun masa kami ber'cinta' dulu membuahkan hasil. Walaupun dalam kami bercinta tu bukan hari-hari kami berjumpa dan bukan setiap minggu kami bercinta dan bukan juga sebulan sekali kami berdating. Hanya jika Princess's Beloved Husband ada masa terluang sahaja. Pada jarak yang menentukan itu juga kami jarang berkomunikasi. Susah nak SMS. Dan teramat jarang sekali bercakap di telefon. Kadang-kadang burung yang sampaikan rindu kami. Hehehe... Tipu!!!
Tapi dalam pada ber'cinta' tu kami masih hormat orang tua kami. Selalunya kalau Princess's Beloved Husband datang mesti dia jemput Princess kat rumah. Dan seharusnya dia akan jumpa dengan ayah dan ibu Princess. So ayah dan ibu Princess tahu lah kami ke mana dan akan balik pukul berapa.
Oh... Rindu time tu. Rinduuuuu sangat.
(Honey, jom kita bercinta macam dulu-dulu...)
Okaylah... Banyak dah kisah bosan Princess ni. Korang pulak ada kisah yang menarik sepanjang bulan Disember ni?
Nota gila si Princess : Pada Princess, bukan bulan ni saja yang ada kisah. Tapi setiap bulan pun ada kisah. Cuma kita je tak sedar.
No comments:
Post a Comment