Sunday, 16 December 2012

MULUT ORANG vs HATI KITA

Siapa yang puas dan siapa yang sakit?

Mestiah mereka puas dan kita sakit kan.

Sebenarnya kat dunia ni banyak benda yang kita tak boleh nak elak. Nak atau tak kita kena lalui juga.

Mungkin apa yang mereka katakan adalah suatu perkara kecil yang menimpa kita tapi pernahkah mereka rasa perkara-perkara yang mereka kata itu adalah perkara yang besar bagi kita?

Mulut orang bukan mulut kita....

Itu memang dah jadi sebahagian dari hidup orang kita.

Pada mereka apa yang kita buat semua salah. Tapi pada mereka juga apa yang mereka katakan dan buat adalah betul belaka.

Salah ke mulut tu kalau tak sibuk hal orang? Salah ke diri tu kalau tak bercerita hal orang? Salah ke? Atau tak senang kalau satu hari tak cakap hal orang...


Lumrah kehidupan...


Kadang-kadang hati dan perasaan ini cukup-cukup tertekan.

Ya... Dengan soalan yang wajib diajukan... Cukuplah sekali untuk bertanyakan hal yang sama.

Tahu tak? Soalan yang sama korang bagi tu boleh buat perasaan ni seribu kali sakit.

Semua itukan rezeki Allah...


Dipetik dari ceramah seorang ustazah :


"Kebanyakan mulut orang memang tak boleh nak tutup. Adatlah soalan yang biasa diajukan tu. Kita jangan tertekan ya bila orang asyik tanya bila kita tak kawin ditanya bila nak kawin. Bila kita dah kawin bila nak dapat anak. Bila dah ada anak bila nak tambah lagi sorang. Bila ada anak bila anak nak kawin. Itu semua biasa. Mulut orang... Kita jangan malu kalau tak ada anak. Kita nak malu pada siapa? Pada Allah? Tak boleh sebab Allah yang beri kita anak. Kita nak malu pada masyarakat? Pun tak boleh juga sebab mereka siapa untuk kita malu. Jadi kita biarkan saja. Lagi pun kita kena bersyukur bila Allah turunkan ujian seperti itu. Kita lihat, kenapa Allah tidak beri kita anak. Mungkin Allah nak kita lebih bersedia. Dan lihat kenapa Allah beri mereka anak tapi mereka susah. Tak boleh holiday kemana kerana anak yang ramai. Kita yang tak ada anak ni Allah beri kita holiday dulu. Mungkin itu rencana Allah."

Wallahu'alam.


Memang ada benarnya apa yang disampaikan oleh ustazah tu. Kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Sebab itu semua ketentuan Allah.

Kita juga perlu anggap apa yang terjadi hanyalah suatu ujian untuk kita perkasakan diri kita.

InsyaAllah dan mudah-mudahan itu semua akan menjadi pegangan hidup kita.


Dan doa yang ikhlas dan tulus insyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah...


Amin amin Ya Rabbal'alamin...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: