Saturday 1 December 2012

BERJALAN KITA ---- MEMANG GILA

Semalam Princess's Beloved Husband ajak berjalan. Kebetulan dia off duty.
Lepas je Princess's Beloved Husband balik solat Jumaat kami bertolak.
Nak tahu Princess's Beloved Husband ajak kemana?
Pergi Klang. Dan balik malam tu juga.

Okay fine kami dah biasa buat macam ni. Jangan terkejut okay.

Konon nak berjalan sangatkan.
Pastu Princess ajak pergi Nilai 3...

Konon nak ajak makan sup kat situ lah. Oh ya ada kedai sup kat situ yang super sedap. Mesti korang-korang yang dah biasa pergi Nilai 3 mesti tau kedai dia. Kedai dia kat kawasan Medan Selera Nilai 3. Tak silap Princess nama kedai sup tu Sup Berdengung kot. Ahah....

Bukan nak shopping sangat pun. Cuma nak beli barang untuk ibu dan mak mertua Princess je sebenarnya.
Beli kain pasang je Dah lama rancang nak beli kain pasang yang sama untuk kedua-dua mereka. Tapi asyik tak de mood nak masuk kedai kain je. (Ahah--- Nak masuk kedai kain kena ada mood ye. Kalau tak mau pening kepala nak cari kain yang berkenan.)

Princess's Beloved Husband ajak beli kat kedai-kedai yang ada je. Tapi Princess tak nak. Nak juga pergi kat Textile Walk. Ha... Walk la kau kat situ puas-puas..


Sebenarnya jakun sebab tak pernah sampai kat Textile Walk ni. Bila sampai agak teruja lah tapi bila dah masuk... Hmm... Bukan ada pun. Memang ada kedai kain tapi kat tengah-tengah alam tu mamat pakistan dok jual frame lah, tudung lah eh macam-macam lah. Tapi nasib baik mata Princess hari tu baik. Tak de lah nak rambang sangat. Cuma terpesona lah sikit. 

Nasib baik masa Princess pergi tak ramai orang. Agaknya kalau ramai orang semakin sesak lah kot kat situ. Dan lagi bila tak ada orang pun memang sesak kat situ. 
Tak de langsung kaki lima yang boleh berjalan. 
Kau buat lah berjalan dalam satu barisan tu je.

Tapi Princess ni pun bukan nak beli sangat. Saja nak jalan. 
Sebab Princess ni tak berapa nak pekenan nak beli atau shopping barang yang tak berkenaan.

Tapi bila dah ada kat Nilai 3 ni haruslah pergi menjengah ke kedai-kedai barangan perkahwinan. Oh itu tempat yang paliiiing Princess suka. Gila tak suka. 
Mau berejam duk kat kedai-kedai tu. 
Bukan beli apa pun. Cuma jalan saja dan tak beli pun.
Itu satu kepuasan sebenarnya.
Rasa macam nak kawin lagi sekali.. Ahahaha... Tapi kawin dengan Princess's Beloved Husband je lah....

Lepas balik dari Nilai 3. Destinasi seterusnya ke Klang pula. 
Huhuhu... Kali ni perrgi saja nak jumpa kawan lama. 
Yang paling nak jumpa sangat adalah mak angkat Princess. Okay. Rindu kat dia sebenarnya. Ihihi..
Thank you Cik Sal sebab masak bihun gorang yang super sedap tu.
Lain kali Princess datang boleh lah masakkan lagi.. 
Lepas tu jumpa kawan baik Princess's Beloved Husband juga. Dulu masa kat Klang kami duk rumah sebelah menyebelah. 
Pergi makan-makan dan malam tu kami balik ke Melaka pula.

Pergh... Rabak juga lah mata ni bila berjalan malam. Tapi tetap happy. Nama pun berjalan kata kau.
InsyaAllah pertengahan bulan ni kami akan ke Klang lagi. InsyaAllah...


Nota gila Si Princess : Mengeratkan apa yang telah terpisah. Bukankah itu lebih baik...

No comments: