Monday, 31 December 2012

MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

22/12/2012 yang lepas kami iaitu Princess, Princess's Beloved Husband dan sepupu Princess's Beloved Husband pergi ke Melaka Wonderland theme Park & Resort... 
Tempat yang sesuai untuk bermandi-manda dan bersantai bersama keluarga...

Sebenarnya ni first time Princess pergi Melaka Wonderland ni walaupun Princess dah lama duk kat Melaka. Malunya bila orang tanya macam mana rupa tempat tu. Ohohoho....
So sekarang dah tak malu lagi. Kalau orang mintak tunjuk jalan pun Princess tak malu mana.
Oh ya. Melaka Wonderland ni jalan masuk dia berhadapan dengan Zoo Melaka. Kalau korang masuk dari tol Ayer Keroh senang je jumpa. Laluan nak masuk bersebelahan dengan Taman Buaya.
Ahah.. Senang je nak jumpa sebab dari tol Ayer Keroh pun dah ada signboard penunjuk arah.

Kami pergi pun dah petang dalam pukul 2.00 petang macam tu. Cuaca tak lah panas sangat tapi okaylah. Nak kata mendung pun tak juga. Dalam pukul 5.30 petang baru mendung dan hujan..

Okaylah jom layan gambar. Tak lah banyak sangat gambar yang di'snap' tapi boleh lah kalau nak buat kenangan.. Uhuhuhu...



Yeay!!! Dah sampai Wonderland...



Pintu gerbang
Melaka Wonderland Theme Park & Resort



Saja nak tunjuk tiket kat korang. Ohoho...

Harga bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti am adalah RM30.00 untuk dewasa, RM25.00 untuk kanak-kanak dan RM15.00 untuk warga emas 55 tahun keatas.
Harga bagi hari biasa (Selasa hingga Khamis) pula RM26.00 untuk dewasa, RM20 untuk kanak-kanak dan RM15.00 untuk warga emas 55 tahun keatas.
Ditutup pada hari Isnin kecuali cuti am...



Tiket kami!!!



Ini lah pasangan pengantin a.k.a sepupu Princess's Beloved Husband.



Layankan mereka ambil gambar...






Antara permainan air yang disediakan di Melaka Wonderland...










Dalam pukul 6.30 petang baru kami keluar dari air.. Ahahah... Sadis tak..
Biasalah kalau nampak air kami suka berendam sampai kecut..
Kami keluar dari Melaka Wonderland pun tengah-tengah hujan.. Hujan yang teramat lah lebat...
tapi tetap redho kau sebab excited sangat kan.. Ahahha...

Malam tu kami berjalan lagi... Tapi itu cerita lain entry okay..
Nanti Princess cerita okay...

No comments: