(Sumber Mr. Google)
Wah... Dah hujung-hujung tahun ni mestilah ramai orang buat kerja kawin kan.
Princess suka!!!
Okay nak cerita pasal musim orang kawin ni. Kalau time-time macam ni memang tengah sibuklah pengantin-pengantin duk buat itu ini. Ada nak majlis yang moden. Ada yang nak tradisional eh macam-macam lah. Sekarang ni macam-macam jenis tema majlis kawin boleh buat. Sediakan duit je...
Tapi dalam mengejar ke'glamor'an tu jangan la pula lupa akan adat-adat sebagai seorang melayu kan.
Sebenarnya Princess nak cerita pasal inai ni je. Pemakaian inai ni memang sinonim dengan masyarakat melayu ketika nak kawin. Uhuhu... Princess pulak masa nak kawin punyalah susah nak dapat inai yang selalu Princess guna. Time tak kawin banyak pula orang jual, bila beberapa hari lagi nak kawin tak de pula. Ha... Itu satu dari kesalahan Princess. Tak beli awal-awal. Oh ya, Princess tak de pun lukis-lukis inai bagai. Just pakai kat jari je. Pakai sendiri-sendiri. Itu pun Princess guna 2 kali. First, hari Khamis malam Jumaat. Itu pun guna inai daun yang BFF Princess (Syu'ai, melayu okay. Nama dia Syuhaidah. Dipendekkan jadilah Syu'ai.) sediakan, sanggup kau Syu'ai ambil kat rumah nenek dia dan dia jugaklah yang tolong tumbukkan. Oh terharu... Ibu Princess yang pakaikan. Waktu tu memang tak dapat lagi inai serbuk. Tapi mintak Syu'ai carikan juga inai serbuk yang selalu Princess guna, takut-takut inai daun tu tak merah. Dan seperti yang Princess jangka memang tak merah pun. Princess pakai hari Khamis tu bukan apa sebab Jumaat malam sabtu tu Princess ada buat khatam Al-Quran.
Alhamdulillah petang Jumaat tu Syu'ai dapat belikan inai serbuk yang Princess nak. Oh terima kasih kawan...
Malam selepas khatam Al-Quran iaitu hari Jumaat malam Sabtu, suruh sepupu Princess bancuhkan inai sebuk tu dan pakaikan. Sebelum ni Princess selalu pakaikan inai kat jari pengantin. Huhuhu... Ramai juga pengantin yang Princess dah pernah pakaikan inai. Antaranya sepupu-sepupu belah ayah Princess dan juga kawan-kawan. So bila Princess kawin ramai juga yang nak tolong pakaikan. Huhu.. Terharunya saya... Tapi sepupu Princess yang kat JB tu juga yang tolong pakaikan sebab kami rapat.
Jadi, hujung bulan ni Princess's Beloved Cousin yang kat JB tu akan berkahwin. Jadi dia dah cakap awal-awal dah yang Princess kena inaikan dia. As usual, haruslah Princess datang awal...
Selepas kawin ni pun ramai sepupu yang nak kawin suruh pakaikan inai. Sekarang ni sepupu-sepupu belah Princess's Beloved Husband pulak yang Princess tolong pakaikan inai. Oh bertambah terharu...
Lagi pun banyaknya kerja nak buat sebelum cousin Princess nak kawin ni. Khas untuk si pengantin. Nanti Princess cerita satu-satu ya tapi dilain entry lah.
Okay alls...
Tata...
No comments:
Post a Comment